Selasa, November 20, 2012


Pergh!!! Memang Gila tahap Babi la puak - puak Parti Angguk Saja ni main lipat baring ek. Dah terlajak kata, nak pusing balik pun pakai skill tinggi woo.

Bila rakyat dah dapat lihat keburukan sifat mereka dalam menghadapi lawan, mula la diorang nak ubah kenyataan. Mula la diorang tunding jari salahkan orang lain.

Ni la buktinya jenis manusia yang tak sedar diri. Terasa diri dia semuanya betul belaka. Bila dah kantoi, maka macam - macam la alasan yang keluar. Semua alasan setakat nak menghalalkan cara. Dah telajak tu, tanggung la sendiri woi!!! Jangan salahkan orang!!!
SENAI: Tindakan Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional(BN) dibuat atas kehendak beliau sendiri bukan kerana menerima arahan daripada pihak tertinggi PAS, kata Datuk Mahfodz Mohamed.
 
Malah, Pesuruhjaya PAS Johor itu turut mempertahankan tindakan tersebut dengan menegaskan bahawa Nik Razi yang juga adik kepada Mursyidul Am PAS hanya memohon kehancuran parti bukannya meminta Allah S.W.T menghancurkan serta menurunkan bala kepada pemimpin Umno-BN.
 
Ujarnya, doa tersebut dibuat berdasarkan keadaan di Kelantan yang didakwa semakin tertekan dengan tindakan kerajaan Pusat khususnya dalam isu royalti minyak 
 
Sebaliknya, Mahfodz mengakui Nik Razi hanya diarahkan untuk menjadi imam bagi solat hajat yang berlangsung sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
 
“Pada saya, doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat daripada Umno dan BN seperti isu royalti, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah.
 
“Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa, dan sebagai makmum ketika solat Hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai tindakan parti pembangkang itu mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam serta berdoa agar BN dan Umno dihancurkan untuk memudahkan laluan PAS ke Putrajaya.
 
Menurut Mahfodz lagi, beliau yakin sokongan kaum Melayu akan bertambah kuat kepada PAS jika Umno-BN berkubur pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 akan datang.
 
“Nik Razi mendokan kehancuran Umno dan BN. Jika parti itu hancur, saya yakin sokongan orang Melayu akan beralih kepada PAS.  
 
"Secara peribadi, saya turut mendoakan orang-orang Umno dan BN diberikan petunjuk untuk menyokong PAS,” katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dia tau doa dia ajer...doa orang dia tak tau...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping