Selasa, November 20, 2012


Agak terkejut juga bila berjumpa dengan sahabat Semut yang pergi ke Muktamar PAS di Kelantan lewat malam semalam. Terkejut dengar cerita yang dia sampaikan.

Kata dia, PAS hari ini memang sudah jauh berbeza dengan PAS yang sebelum ini. PAS sekarang dilihat lebih rakus dalam mengejar kuasa.

Mereka bukan sahaja sanggup buat apa sahaja demi memenuhi cita - cita Politik tersebut. Malah sanggup terima fahaman - fahaman luar seperti Syiah.

Perkara ini, jelas sahabat Semut, dinyatakan apabila isu berkaitan dengan lidah rasmi PAS, Harakah dibangkitkan oleh seorang perwakilan dari Melaka, Jauhar Mohd Dawi.

Dia menjelaskan kegusaran dikalangan ahli apabila melihat lidah rasmi PAS kini banyak menggunakan Syiah dan Iran sebagai hala tuju dalam perjuangan mereka.

"Apa yang hairannya, Presiden PAS sedikit pun tidak ambil peduli dalam apa yang telah disampaikan seolah - olah dia membenarkan Syiah masuk PAS." kata sahabat Semut.

Mungkin bagi sahabat Semut tu, perkara ni satu perkara yang baru dia tahu gamaknya. Hakikatnya, benda ni dah lama berlaku dalam PAS.

Sebelum ini, sekitar bulan April yang lalu, Ketua Pemuda PAS sendiri pernah mengakui bahawa mereka sedia untuk menerima Syiah sekali pun didalam parti mereka. (Klik Sini)

Tambah mengharukan keadaan ialah apabila Timbalan Presiden PAS, Si Mat Syabun tu sendiri sering dikaitkan dengan gerakan Syiah ni.

Namun, sampai hari ini, Si Mat Syabun tu masih terus membisu dan hanya mendiamkan diri apabila setiap kali disoal mengenai perkara tersebut.

Kalau berdoa untuk menjahanamkan sesama umat Islam pun diorang sanggup buat demi memenuhi nafsu Politik, apa sangat la kalau diorang nak terima fahaman Syiah ni.

Jadi, apa yang nak dihairankan kalau PAS sanggup memberikan laluan untuk pengikut - pengikut Syiah masuk dan meresapi ke dalam parti mereka?

Sedangkan pemimpin yang mereka sendiri sebelum ini tuduh sebagai seorang Kaki Peliwat pun boleh diangkat menjadi Perdana Menteri, inikan pulak puak - puak Syiah.

Kalau diberi kesempatan, jangan kata puak - puak Syiah sahaja yang akan diberikan laluan. Hatta Khawarij mahupun Yahudi sekali pun PAS sanggup ambik jadi sekutu demi memenuhi nafsu untuk mereka berkuasa. PAS For All kata dia. Memang jahanam la jawabnya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping