Haduh!!! Kenapa la diorang ni ye. Suka sangat buat kerja - kerja yang tak berfaedah macam ni. Dah la tak sedar diri pulak tu.
Nak kata bodoh, diorang marah pulak. Tapi, ni dah sampai tahap Bongok Gila Babi dah ni. Bebalnya tak ingat dunia. Tak faham bahasa Malaysia ke?
Ke diorang ni jenis manusia yang dibawak datang dari luar? Orang dah kata, ruang sidang media di Parlimen tu hanya khas untuk Ahli Parlimen sahaja.
Orang luar yang tak berkenaan jangan la nak sibuk - sibuk kat situ. Kot ye pun Gila sangat nak popular, cari la tempat lain. Berlakon Opera Cina ke, sinetron ke. Boleh la popular.
Tak pun, suruh diorang bertanding dulu dalam Pilihan Raya yang akan datang. Kalau menang, hah! Baru boleh buat sidang media kat situ.
Masa tu, buat la berapa banyak sidang media sekali pun. Tak de orang kisah. Sampai muntah pun boleh buat. Tapi, itu pun kalau menang la.
Kalau tak menang, duduk diam - diam. Nak jugak buat sidang media, kat bawah pokok pun boleh. Sedangkan Si Nizar Lilin tu bersidang bawah pokok pun tak jadi masalah.
Yang Si Ahli Parlimen tu pun satu hal jugak. Nak jugak ajak orang luar tu buat apa? nak cuba raih simpati? Itu je tujuan dia? Setakat nak memperalatkan orang?
Kalau setakat nak buat macam tu, tak payah panggil la. Kot ye nak raih simpati, turun padang. Buat kat kawasan tu sendiri. Tak payah nak bawak sampai ke Parlimen.
Lagi pun, puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri semuanya dah setuju dengan projek Rapid tu. Pun dia masih nak jugak bersorak sorang - sorang macam kera sumbang?
Sudah la. Tak payah la nak mengabihkan masa buat kerja - kerja tak berfaedah tu. Cari la benda lain nak buat. Kot kalau setakat pandai bercakap je tapi tak membantu buat apa. Mengabihkan masa je!!!
Teck Hwa dari parti DAP hadir bersama Yap Lay Yen, 40 dan Sim Seng Ssan ,31 telah melanggar Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 di mana ruang sidang media di lobi Parlimen hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh anggota Parlimen dan bukannya pihak luar.Beberapa pegawai keselamatan kemudiannya mengarahkan mereka berdua keluar dari perkarangan sidang akhbar tersebut dan menerangkan peraturan Dewan Rakyat yang tidak membenarkan orang luar mengadakan sidang media di kawasan tersebut.Kira-kira 10 minit telah diambil untuk mengarahkan mereka beredar dari perkarangan sidang media tersebut. Namun, kerana kedegilan mereka, telah menyebabkan campurtangan dari pihak keselamatan.Sidang media tersebut ingin diadakan berhubung isu projek Pembangunan Bersepadu penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang mengarahkan perpindahan kubur cina di Pengerang oleh kerajaan negeri Johor.Pada 8 November yang lalu,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah melarang orang luar dari membuat sidang akhbar di ruang sidang media parlimen ia hanya untuk anggota parlimen sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.