Rabu, November 21, 2012


SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew terus didesak untuk meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menyelesaikan isu sampah di negeri itu.

Perkara itu diberitahu Yap Ee Wah (Sungai Pelek) yang memberi cadangan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya masalah berterusan itu gagal ditangani oleh exco berkenaan.

"Saya seru kerajaan negeri agar memberikan perhatian serius dan usaha bersungguh untuk menyelesaikan isu sampah. Jika kontraktor sampah tidak menjalankan tanggungjawab kita tukar kontraktor.

"Jika exco berkenaan tidak mampu jalankan tanggungjawab, saya cadang kepada Menteri Besar untuk tukar exco yang boleh mengatasi masalah sampah di Selangor ini," katanya ketika perbahasan Belanjawan Selangor 2013 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau turut berseloroh sambil merujuk kepada Ng Suee Lim (Sekinchan) bahawa beliau tiada peluang untuk menggantikan exco sedia ada.

Suee Lim yang turut hadir dalam persidangan tersebut hanya ketawa mendengar kata-kata Ee Wah.

Ee Wah ketika ucapannya berkata, peruntukan disediakan dengan pembelian 50 kompektor namun isu sampah gagal ditangani lebih-lebih lagi di kawasan perumahan dan perindustrian.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor dalam pembelian kompektor sampah dari China yang mana pengeluaran model itu tidak wujud lagi.

Pada Isnin lalu, Ronnie turut dicabar meletakkan jawatan oleh M Manoharan (Kota Alam Shah) jika gagal tangani isu pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Ps: Bercakap dengan orang yang tak sedar diri ni memang tak mendatangkan faedah. Dia  je yang betul dan orang lain semuanya salah.

Sama la macam isu pasal Rumah Urut yang ditimbulkan sebelum ni. Sampai hari ni, dia masih lagi tak ambik sebarang tindakan. Buat - buat buta je. Pun orang masih tak sedar diri jugak ke!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping