Kalau baca cerita dibawah ni, dah tentu - tentu korang boleh kaitkannya dengan keadaan Politik di Malaysia hari ini.
Di Malaysia pun ada pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang tu yang menerima nasib yang sama. Dia pun dah tersungkur disebabkan wanita.
Gara - gara 'birah' sangat nak bagi 'kaunseling' pada isteri orang dalam bilik hotel jam 3 pagi membuatkan pemimpin tu terus tenggelam dan disisihkan parti sendiri.
Tinggal lagi, benda macam ni tak pelik brader sebab kita kena tengok jugak siapa ketua dia. Ketua dia pun suka juga buat skandal dengan wanita yang sebarangan ni.
Malah lebih teruk dari itu. Si Ketua tu jugak turut suka dengan lelaki. Maklum la, Si Ketua tu sendiri pun dah cakap sebelum ni; 'Depan Belakang Sama Rasa' kata dia.
Tapi, apa yang memalukan Si Ketua tu tak la seberani watak lelaki yang diceritakan dibawah ni. Dia masih lagi tak malu memegang jawatan sebagai seorang Ketua Pembangkang. Dan kerja dia hari - hari ialah menipu rakyat. Itu pasal la dia tak layak jadi Perdana Menteri!!!
Petreaus, 60, bukan calang-calang orangnya. Mempunyai karier selama 37 tahun dalam tentera AS dan menjadi pemimpin tertinggi tentera, Petreaus adalah komander yang bertanggungjawab mengendalikan perang di Afghanistan.Kehebatannya dalam aspek ketenteraan dan perisikan tidak boleh dinafikan sehingga Petreaus dilantik Obama menjadi ketua CIA, agensi perisikan paling terkenal di dunia.Dengan latar belakang sehebat itu, Petreaus sepatutnya lebih tahu wanita adalah senjata paling berbahaya yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.Tetapi siapa sangka, ketua perisik itu sendiri menjunamkan dirinya ke kancah kemusnahan hanya kerana perhatian yang diberikan oleh seorang wanita.Petreaus meletak jawatan pada 9 November lalu selepas mengakui mempunyai hubungan sulit dengan penulis biografinya, Paula Broadwell, 40.
Broadwell yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak menghabiskan banyak masa di Afghanistan pada 2010 ketika Petraeus berkhidmat di negara itu sebagai komander tertinggi tentera AS.Wanita itu diberi kebenaran menulis buku biografi Petraeus bertajuk "All In" yang dianggap pengkritik sebagai buku yang hanya penuh dengan pujian.Hubungan sulit itu diketahui selepas Broadwell menghantar emel mengugut seorang kenalan Petraeus, Jill Kelley yang dianggap cuba menarik perhatian komander itu, menyebabkan Kelley berasa terancam mengadu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).“Selepas berkahwin selama 37 tahun, saya membuat pertimbangan sangat buruk dengan melibatkan diri dalam hubungan sulit.
“Kelakuan seperti ini tidak boleh diterima, sebagai seorang suami dan sebagai pemimpin organisasi seperti ini.Hari ini, Presiden (Obama) menerima peletakan jawatan saya,” kata Petreaus dalam suratnya kepada semua pegawai CIA bertarikh 9 November lalu.Dengan pengakuan dan peletakan jawatan itu, dia menyertai senarai panjang pemimpin AS, dari presiden kepada wakil rakyat, yang menyaksikan karier mereka musnah kerana seks.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.