Selasa, November 20, 2012


Ekoran berpenampilan dengan sarung hitamnya, ada pihak-pihak tertentu yang memanggil Yatt sebagai Ustazah.

Yatt tidak menafikan dia terasa hati dengan persepsi tersebut kerana mungkin umum tidak memahami pendirian dan perubahan yang dirinya alami.

Kata Yatt yang dipetik dari Sinar Harian, ada tujuan kenapa dia sentiasa memakai sarung tangan hitam.

“Memang saya terasa hati dengan gurauan itu. Kenapa mereka perlu melabelkan saya sebegitu? Mungkin mereka masih tidak memahami pendirian dan perubahan ini.

“Ada juga sesetengah golongan bukan muhrim yang sengaja mahu menduga saya dengan menghulurkan salam,” kata Yatt.

Walaupun dilabelkan sedemikian, Yatt ikhlas dengan perubahan diri yang dialaminya. Dia mahu orang ramai mengerti dan memahami dirinya tetap seperti dahulu. Cuma, pegangan hidup Yatt sahaja yang berubah sejajar dengan tuntutan syariat Islam...

“Sebab itulah saya sentiasa memakai sarung tangan untuk mengelak daripada bersentuhan. Namun, apa yang pasti, saya masih Yatt yang dahulu, hanya pegangan sahaja yang berubah,” kata Yatt.

Bercerita mengenai perjalanan kerjaya lakonannya, Yatt sekarang ini dilihat jarang membintangi drama-drama tempatan.

Ibu kepada seorang anak itu menjelaskan banyak tawaran yang diterima tidak sesuai dengan penampilan barunya ketika ini.

Pun begitu, Yatt bersyukur kerana masih lagi mampu mencari rezeki melalu bidang seni yang lain.

“Banyak watak tidak bersesuaian dengan imej dan pendirian saya. Jadi, ia secara tidak langsung mengekang diri saya untuk terus berlakon...

“Bukan tiada langsung, masih ada, tapi kurang. Tapi, saya tetap bersyukur kerana saya mampu mencari rezeki dengan cabang seni lain seperti menghadiri ceramah sebagai tetamu jemputan,” terang Yatt... sumber
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping