Hadeh!!! Apa la malang sangat nasib dia ni ye. Kalau orang lain, dah kena sekali tu cukup la. Pun dah mampu buat seseorang tu insaf.
Tapi, kalau dah sampai dua tiga kali, masih tak menyesal jugak, kita nak kata apa? Kalau tak bodoh, memang bongok sangat la namanya tu. Dulu dia dah kena sekali.
Masa tu pemilihan pemimpin peringkat Pusat yang diadakan diseluruh Malaysia. Apa yang jelas, kemenangan memang milik dia. Tapi, akhirnya dia kena sailang disaat - saat akhir.
Semuanya sebab Si Ketua Penipu tu memang tak suka pada dia. Cukup sekadar dia diperguna dan diperalatkan sahaja. Kalau nak bagi dia jawatan tinggi, jangan harap la.
Sebab tu dia buat tuduhan terhadap Si Ketua Penipu tu dan mengatakan bahawa Si Ketua Penipu tu ada menggunakan tangan Ghaib dalam pemilihan Ketua AMK.
Memang betul pun dakwaan dan tuduhan yang dia buat tu. Perkara tu memang tak dinafikan lansung oleh mana - mana pihak. Cuma ianya didiamkan begitu sahaja.
Sekarang, dia sekali lagi menjadi mangsa. Dah puas dia buat kerja kat Nibong Tebal dan berharap dapat jadi calon kat sana. Macam - macam fitnah dah dia tabur kat situ.
Tapi akhirnya, orang lain jugak yang dinobatkan menjadi calon dikawasan tersebut. Apa lagi yang dia mampu buat selain mengangakan mulut? Melopong tak tentu arah.
Nak bantah memang dah tak boleh. Lagi pun, kalau dia bantah, siapa yang nak dengar? Terima je la kenyataan seadanya. Dia tu hanya setakat Pencacai Belaan Si Ketua Penipu tu. Jangan harap la dia dapat jawatan tinggi!!! Sekarang Padan Muka kau Chegubad oi!!!
SUNGAI UDANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.Bagaimanapun, Anwar tidak memaklumkan sama ada Mansor akan dicalonkan bagi kerusi ADUN Penanti atau tidak.Pengumuman Anwar itu sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Mansor akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya Pakatan mempertahankan Pulau Pinang.
kalau dah kena lewat dan dah dapat rasa umphnya dia akan diamkan walaupun berkali-kali kena lewat ... ada betoika ...
BalasPadam