Sabtu, November 17, 2012

"Emm... Apa Benda Aku Nak Tipu Diorang Ni Ye???"
Hek eleh!!! Nampak sangat la puak - puak Parti Angguk Saja ni memang tak kenal lansung dengan pemimpin diorang sendiri.

Mungkin sebab itulah Si Ketua Pemuda PAS tu dikritik dalam muktamar yang diadakan baru - baru ini sebab tidak membawa sesuatu yang baru dalam Ucaptamanya.

Apa yang dijelaskan oleh Si Nasharuddin Hassan tu hanya perkara lama yang sering diulang - ulang beribu - ribu kali sehingga membuatkan semua orang muak.

Nampak sangat Si Ketua Pemuda PAS tu memang ketandusan idea untuk dibawa dalam perjuangan mereka. Nak harapkan perjuangan lama, semuanya dah dibakul sampahkan.

Jadi, sebab itulah Si Ketua Pemuda PAS tu merapu benda yang bukan - bukan. Sebab dia memang dah tak de apa yang nak dibawa. Yang lama semuanya dah kena buang.

Dia nak bawak cerita pasal Negara Islam? Tahun lepas dah kena gugur. Dia nak teruskan perjuangan menegakkan Hukum Hudud? Dah menipu pulak gayanya.

Semua orang tahu yang PAS dah lacurkan kedua - dua dasar tersebut. Kalau Si Ketua Pemuda PAS tu sebut jugak, memang bodoh sangat la dia.

Mungkin dia tak sampai hati nak menipu ahli - ahli PAS seperti mana yang telah dilakukan oleh Si Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS sebelum ini.

Kalau nak suruh dia kritik pentadbiran Rejim Negeri dibawah kuasa puak - puak Pakatan tu lagi la dia tak berani. Nanti takut dia tak dapat jadi calon pulak.

Maka, untuk menyelamatkan diri, Si Nasharuddin Hassan ni ambik jalan mudah iaitu dengan menipu diri dia sendiri. Tu pasal la dia kena kritik dek ahli - ahli Pemuda PAS sendiri!!! Cakap pun merapu - rapu. Pun ada hati nak rampas Putrajaya? Ceh!!! Pigidah!!!
Entah kat mana lagi Nasruddin Hassan nak letak mukanya sebagai Ketua Dewan pemuda PAS Pusat setelah dihentam tanpa berlapik oleh seorang perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS berikutan kelesuan sayap parti itu.

Teguran keras itu datangnya dari perwakilan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh yang mengkritik ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS yang disifatkannya tidak mempunyai idea baru dalam membantu menambah sokongan generasi muda kepada PAS.

Perwakilan itu juga menemplak sikap berdiam diri Nasruddin yang membisu dengan kelemahan urus tadbir Kerajaan Negeri yang diperintah PR seolah-olah kesemua pemimpin PR di negeri-negeri itu maksum dan terkecuali dari melakukan kesilapan. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping