Isnin, November 19, 2012


Opp... Jangan salah faham ye. Analisis dibawah ni bukan Semut yang tulis. Jadi, jangan pulak nanti ada orang nak saman Semut sebab buat artikel yang bukan - bukan.

Mana la tau kan. Orang zaman sekarang ni dia bukan kira. Walaupun jelas sumber dipetik dari pihak lain, tapi bukan sumber tu yang dikenakan tindakan.

Yang peliknya, kenapa tindakan hanya diambil terhadap akhbar seperti Utusan dan Berita Harian je? Akhbar lain kenapa tak dikenakan tindakan yang sama walhal laporannya lebih kurang sama? Ada kepentingan tertentu ke? Korang fikir la sendiri!!!
ANALISIS - Muktamar Tahunan Pas ke-58 yang melabuhkan tirainya semalam, berakhir dengan satu persoalan besar -  adakah dalam isu yang paling kritikal - siapakah Perdana Menteri Malaysia bila pembangkang menyeberang jambatan Putrajaya, itu pun masih belum disepakati.


Malahan persoalan itu dibangkitkan pula ketika hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyusul. 



Apakah Pas, PKR dan DAP yang menggelarkan diri mereka Pakatan Rakyat, mahu rakyat yang memutuskan siapa lebih layak?



Muktamar Pas pada Sabtu menyaksikan wakil dari Dewan Ulama, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan bahawa tidak ada individu lebih "berkaliber" untuk menjawat jawatan itu melainkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 



Meskipun sedar bahawa kenyataannya itu bercanggah 100 peratus dengan pengumuman dan cakap-cakap selama ini bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memikul tanggungjawab itu, Hairun berkata, beliau yakin sebilangan besar ahli Pas mahukan presiden parti itu yang menerajui tampuk pemerintahan.



"Saya kira kalau rata-rata ahli Pas mahukan presiden (Abdul Hadi) sendiri jadi Perdana Menteri, tetapi tuan guru dia mempunyai sikap yang baik iaitu dalam masalah memimpin masyarakat itu yang terbaik adalah pelaksanaan amanah, siapa yang hendak menjadi yang paling tinggi, ia terserah kepada rakyat," katanya.



Pandangan sama dikeluarkan oleh Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata, tidak ada sebab untuk presiden parti itu tidak dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pas berjaya menyumbang kemenangan kerusi paling banyak pada Pilihan Raya Umum akan datang.



"Jadi lepas ini, jangan ada yang mempromosikan orang lain, kita sebulat suara mahu Hadi jadi PM," ujarnya yang disokong sebulat suara oleh seluruh perwakilan.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Presidennya Anwar Berahim Aljub setelah membuang sultan-sultan dan raja-raja Melayu atas perintah DAP.

    Timbalan Presiden Lim Kit Siang
    Perdana Menteri Joseph Lim Guan Eng
    Timbalan Perdana Menteri 1 Xavier Vijayakumar
    Timbalan Perdana Menteri 2(Lantikan Sabah/Sarawak) Yong Teck Lee
    Timbalan Perdana Menteri 3 merangkap Menteri Kebajikan dan Hal Ehwal Melayu barulah Haji Hadi tu pun jadi pencacai

    BalasPadam
  2. Alamak smpai ni tk blh nk putus sapa yg jadi PM camni hancuss la negara..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping