Isnin, November 19, 2012


Heran kan. Kalau diluar Negara, tindakan sebegini pasti mengundang padah kepada mereka yang tersalah langkah. Akibat terlajak kata, maka buruk la padahnya.

Hanya semata - mata kerana kenyataan yang dikeluarkan  didalam laman Twitter mengenai konflik di Israel sampai diugut bunuh oleh pihak tertentu.

Tapi, di Malaysia ni lain pulak. Orang yang menyokong keselamatan Israel tu pulak diangkat menjadi 'Hero' dan diagung - agungkan oleh Pakatan Pembangkang.

Bukan setakat itu je. Malah diorang juga turut bangga bila terima dana dari puak - puak Zionist tu secara terang - terangan.

Dan yang paling menyedihkan ialah apabila Presiden parti yang KONONnya memperjuangkan Islam dilihat seolah - olah menghalalkan perkara tersebut.

Kata dia, kalau nak berniaga dengan Yahudi ni boleh. Dah pulak!!! Boleh pulak dia cakap macam tu ye. Tu semua sebab nak menghalalkan cara la tu.

Inilah akibatnya kalau suka sangat mempergunakan Islam sebagai alat dalam Politik sampai benda macam tu pun dia boleh ambik ringan. Tak heran la kalau diorang berdoa pun tak pentingkan Islam sebab diorang bukannya memperjuangkan Islam pun!!!
LOS ANGELES - Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan menerima ugutan bunuh ekoran menyiarkan kenyataan menyokong Israel di laman sosial Twitter miliknya.

Dalam laman sosial itu, Kardashian menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku di negara Asia Barat itu dengan menulis 'Berdoa untuk semua di Israel'.

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan peminatnya dan mengugut untuk membunuhnya. Kardashian bagaimanapun, memadam kenyataan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.

"Saya mengaku menghantar dua tweet yang berkaitan dengan doa untuk penduduk di Palestin dan Israel tetapi selepas mendapat reaksi daripada pengikut, saya membuat keputusan untuk memadamkan tweet tersebut kerana sedar ramai yang tersinggung.

"Saya sepatutnya menerangkan niat sebenar sebelum menyiarkan tweet tersebut. Saya berdoa supaya mereka selamat,'' kata Kardashian dalam blog miliknya.

Katanya, dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang akan ditulis dalam twitternya selepas ini bagi mengelak sebarang kekeliruan. - AGENSI
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping