Khamis, November 22, 2012


Wah!!! Ini satu berita gempak ni. Setelah mendengar beberapa luahan pendapat dari para Ostad PKR, katanya Si Nurul Izzah ni akan tampil memohon maaf.

Kononnya, kata mereka, tindakan Si Nurul Izzah tu tak wajar dan merupakan satu kesilapan. Kalau dia mintak maaf, hilang la kontroversi ni. Rakyat pun akan lupa.

Siapa yang akan lupa kenyataan Si Nurul Izzah yang menyokong Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu Islam ni? Tak de sapa pun yang akan lupa punya.

Jadi tak payah la susah - susah Ostad - Ostad yang bagi nasihat pada PKR tu nak membuangkan masa buat kerja tak berfaedah. Rentikan la cubaan nak menipu rakyat ni. Cari la kerja lain nak buat!!! Jangan asyik nak menipu je kerjanya!!!
Beberapa orang ulama’ yang selama ini memberikan input agama kepada Ketua Umum dan PKR secara umum; sudah sepakat dan menyampaikan pandangan bahawa dalam isu KEBEBASAN BERAGAMA dan LGBT – Izzah wajar minta maaf dan mengaku kesilapan.

Pada mereka, Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mampu mengundang kontroversi. Izzah yang tidak mempunyai autoriti dalam bidang agama, wajar meminta maaf kerana terlalu celupar dan mudah meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. 

Tokoh-tokoh ini bukan pemain politik pun. Mereka ulama’ biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam PKR.

Harapan dan keinginan mereka mudah sahaja, dalam pada PKR dan pimpinannnya menggila mencari undi, tidak seharusnya ada usaha meletakkan agama sebagai taruhan dan komoditi. 

Mereka kecewa, kerana sebagai pemimpin muda, Izzah gagal menjaga adab untuk memelihara agama. 
Malahan, seorang ulama’ konservatif terus terang meminta Izzah mengucapkan semula dua kalimah syahadah. Ini kes serius.

Segala maklum balas ini sudahpun disampaikan secara bersendirian dan terus terang kepada Anwar. 

Dalam pertemuan yang ringkas itu, Anwar bersetuju bahawa Izzah terlalu overzealous untuk mengemukakan pandangan dalam isu yang terlalu sensitif kepada umat Islam. 

Anwar mengakui sendiri kepada barisan ulama’, bahawa mereka perlu lebih berhati-hati dalam mengemukakan pandangan selepas daripada ini.

Soalnya, bersediakan Izzah untuk meminta maaf? Apakah Izzah sanggup membuang segala egonya bagi mengikuti nasihat kumpulan ulama’ pro PKR ini? 

Apakah Izzah sanggup mengakui bahawa pandangannya adalah suatu khilaf yang terlalu berat untuk ditanggung? - Sumber
Ps: Sejak bila pulak PKR ada Ostad ye? Yang ada tu pun dok sibuk bagi 'Kaunseling' pukul 3 pagi dalam bilik hotel pada bini orang.

Takkan la dia nak bagi 'Kaunseling' yang sama pada Si Nurul Izzah ni pulak? Ter'sior' ke Si Nurul ni nak terima 'Kaunseling' Ostad tu? Jangan sampai kena 'Kaunseling' yang sama sudah la!!! Naya woo!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping