Khamis, November 22, 2012


Mungkin inilah yang orang kata Khiarah Allah. Balasan Allah diakhir zaman ni kebanyakkannya diberikan secara langsung. Sesetengah orang kata Allah bayar 'Cash'.

Kalau sebelum ini, isu berkaitan dengan khutbah Jumaat yang dijadikan bahan politik oleh pihak - pihak tertentu ditegur dan dipertikaikan.

Namun, malangnya, Mursyidul Am PAS tu dengan muka tak malu kata perkara tu memang dah biasa dilakukan. Benda tu dah tak pelik dan dia seolah - olah menghalalkannya.

Nik Aziz juga baru - baru ni turut ingin menjadikan ucapan dasar Si Hadi Awang sebagai khutbah Jumaat hanya semata - mata untuk terus mempolitikkannya.

Tak cukup dengan itu. Nik Aziz juga turut menghalalkan Masjid dijadikan tempat untuk berceramah Politik dengan alasan ianya dah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Walaupun perkara ini ditentang dan dikecam oleh rakyat, namun Si Nik Aziz ni tak peduli. Dia tetap juga bebal dengan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

Nah!!! Kali ini, sidang DUN Rejim PAS Kedah pula mengambil tindakan yang sebaliknya. Mereka menetapkan bahawa Masjid bukan tempat untuk berpolitik.

Malah, mereka juga turut akan menguatkuasakan pemantauan ke atas mana - mana kariah yang melanggar larangan tersebut.

Dan isi kandungan Khutbah juga akan turut ditapis terlebih dahulu sebelum ianya diedarkan dan dibaca sewaktu solat Jumaat.

Inilah buktinya bahawa dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu pun sebenarnya bercanggah pendapat diantara satu dengan yang lain. 

Itu membuktikan bahawa sesama diorang pun tak ada persamaan. Jadi, bagaimana mungkin diorang dapat nak bersatu untuk menegakkan Islam dimasa akan datang? Yang satu kata haram, yang satu kata halal. Kucar kacir la jadinya!!!
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah pimpinan PAS tidak bersetuju dengan tindakan pihak yang mahu menggunakan masjid termasuk menerusi khutbah Jumaat untuk tujuan politik.
   
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Datuk Taulan Mat Rasul berkata kerajaan negeri juga tidak bersetuju khutbah Jumaat digunakan bagi mencela individu tertentu kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.
   
Bagaimanapun, katanya jika apa yang disuarakan dalam khutbah itu adalah sesuatu yang mengajak kepada 'amal maaruf nahi mungkar', orang ramai sepatutnya menerima apa yang disarankan jika ia adalah untuk faedah masyarakat.
   
"Asalkan penuhi lima rukun khutbah Jumaat ia sepatutnya tiada masalah. Dalam hal ini pemantauan sentiasa dilakukan oleh Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Agama Islam negeri. Khatib-khatib juga perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Kariah masjid," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping