Kalau di Gaza, umat Islam sibuk digempur oleh puak - puak Rejim Zionist dengan kejam dan tidak berperi kemanusiaan tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Tapi, di Malaysia ada jugak pembunuhan yang sedang dilakukan. Tinggal lagi, pembunuhan ini dilakukan dalam diam dan secara licik.
Mungkin orang yang nak melakukan 'Pembunuhan' ni jenis manusia yang takut nak menyatakan Kebenaran. Sebab tu dia tak berani sebut nama. Agak - agak korang, siapa la orang yang dimaksudkan tu ye? Sama - sama la kita fikirkannya!!!
MUKTAMAR PAS Perwakilan Kedah Ahmad Yahya hari ini membidas kepimpinan PAS yang didakwanya bersikap "panjang tangan dan panjang lidah" yang boleh memberi kesan kepada ahli dalam jamaah.Memujikan usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pimpinan parti, Ahmad bagaimanapun mendakwa terdapat kepimpinan parti yang "mempertikai keputusan" yang dibuat."Mereka memberi pandangan yang menimbulkan polemik dan kami di bawah tidak senang hati untuk menjawab," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah.Berucap membahas ucapan dasar presiden di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Ahmad bagaimanapun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.Ahmad turut menegur kepimpinan parti yang didakwanya "panjang tangan" kerana menulis sesuatu sehingga menimbulkan "kecelaruan fikrah" terhadap ahli parti."Ada tulisan beliau di khalayak yang tidak menguatkan jamaah, tetapi mempertikaikan (apa yang ada) dalam jamaah," katanya yang juga tidak menamakan pemimpin tersebut.
Dalam ucapan yang sama, beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap barisan kepimpinan yang didakwanya "dipalitkan dengan akidah yang menyeleweng"."Sedangkan presiden dalam ucapannya mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Perkara ini perlu diberi perhatian," katanya.Beliau juga menyindir pemimpin yang didakwanya "mengintai" kawasan yang ingin ditandinginya, sedangkan sepatutnya pemimpin itu mempunyai kawasannya tumpuan sendiri."Jangan menjadi seperti peniaga yang berniaga di pasar sehari, sentiasa mengintai-intai orang ramai dan dipacakkan khemah di situ," katanya memuji jiwa besar Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang kembali ke Johor walaupun langkah itu dianggap oleh banyak pihak sebagai "membunuh diri".
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.