Ahad, November 18, 2012


Apa lagi yang diorang nak bising cerita pasal Hudud ni? Dah gugur tu gugur je la. Nak bahas menda kejadahnya lagi? Benda tu dah tak de relevan dalam PAS.

Presiden PAS sendiri dah maklum dan jelaskan. Malah ianya tak disebut lansung dalam ucaptama dia sebelum ini. Jadi, perwakilan nak bahas jugak pasal apa?

Tak reti bahasa ke diorang ni? PAS dah tolak Hukum Hudud!!! Itu dah jelas. Jadi, tak perlu lagi diorang nak bahas, pertikai atau sebagainya.

Sepatutnya, Perwakilan hanya membahaskan ucapan dasar Presiden sahaja. Benda yang tak disebut dalam ucapan dasar tu nak dibahas untuk apa?

Lain la kalau diorang betul - betul nak laksanakan Hukum Hudud tu. Boleh la ianya dibahaskan. Kalau setakat nak bahas kosong je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je.

Lagi pun, macam mana diorang nak laksanakan hukum tersebut sedangkan sesama diorang pun masih lagi bercelaru. Pemahaman pun masih tak menyeluruh. 

Pun lagi diorang nak salahkan orang lain? Tolong la. Sedar la diri tu sikit. Jangan asyik nak menyalahkan orang je kerjanya!!! Kaji diri sendiri tu dulu. Suruh pemimpin PAS masukkan Hudud dalam Manifesto. Kalau setakat nak salahkan orang, baik jangan sebut lansung!!!
KOTA BHARU: Pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS dilihat masih bercelaru kerana gagal dibahaskan secara terbuka oleh perwakilan parti itu.
Perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Zahari Arip berkata, pimpinan PAS sepatutnya tidak membelakangkan dasar parti itu terutama berhubung perlaksanaan undang-undang Islam demi meraih sokongan masyarakat bukan Islam.
 
"Isu hudud dipolemikkan oleh rakan kita...DAP yang dikhususkan kepada Karpal Singh. Bahkan di sana ada yang berkata, bagaimana perlaksanaan hudud mahu dilaksanakan di Malaysia kerana tidak sesuai dan tidak kondusif.
 
"Tapi malangnya kenyataan-kenyataan ini ditatang sedikit sebanyak oleh kepimpinan PAS," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, hari ini.
 
Dalam pada itu Zahari memberi amaran kepada pemimpin parti yang dilihat goyah serta cenderung untuk meremehkan isu perlaksanaan hukum hudud dan katanya pemimpin berkenaan boleh diambil tindakan kerana membelakangkan dasar parti itu.
 
"Dalam bola sepak, Tan Sri Annuar Musa diambil tindakan kerana mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan Presiden FAM. Dalam PAS sangat harmoni bila presiden kata PAS akan laksanakan hukum hudud mengikut lunas demokrasi...selesai (tak berbangkit lagi).
 
"Tapi kenapa di sana ada pimpinan lain yang cuba cakap hudud bukan agenda Pakatan Rakyat? Apakah kita nak ambil tindakan macam FAM?
 
"Kalau kita takut kepada bukan muslim, adakah kita mesti sweep under carpet seketika isu hudud? Ini perjuangan utama kita...jangan kita sampingkan isu ini," ujarnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping