Ahad, November 04, 2012



Polis menahan empat lelaki dan masih memburu seorang lagi susulan kes tembakan di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada Khamis lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata mereka yang ditahan di sekitar Sungai Petani pada Khamis dan Sabtu lepas adalah rakyat tempatan berumur 24 hingga 39 tahun dan dipercayai mengenali antara satu sama lain.

“Semua suspek adalah geng penjenayah dan mempunyai lebih 10 rekod jenayah lampau termasuk bunuh, samun, curi, dadah, pecah rumah dan kes pergaduhan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat ekoran satu kejadian tembakan yang berlaku di Bandar Puteri Jaya pada Khamis lalu pukul 2.30 pagi.

Dalam kejadian itu, dua suspek merosakkan bahagian pintu rumah seorang lelaki dan kemudiannya berlaku kejadian tembak-menembak antara mereka sebelum mangsa melarikan diri ke pondok polis Puteri Jaya bersama rakannya untuk menyelamatkan diri.

Beliau berkata, mangsa dalam kes itu dan rakannya turut ditahan dan hasil siasatan mendapati mangsa juga terlibat dengan kes jenayah dan mempunyai 14 kes jenayah lampau.

“Lelaki itu (mangsa) telah membawa pihak polis ke sebuah rumah di SP Height, Sungai Petani dan menjumpai sepucuk revolver .38 bersama enam butir peluru. Kita turut merampas sebilah pedang samurai dan telefon bimbit,” katanya.

Ahmad berkata, susulan operasi itu, polis menangkap seorang lagi lelaki dan merampas dua pucuk pistol angin bersama dua magazine dan siasatan sedang dijalankan bagi memastikan sama ada lelaki itu terlibat dalam kumpulan penjenayah berkenaan.

“Suspek utama kes itu, Yeoh Choon Wah, 34, masih diburu polis dan dia adalah seorang yang amat berbahaya dan memiliki senjata api. Suspek adalah seorang penagih tegar dan dia tidak akan teragak-agak untuk melepaskan tembakan kepada sesiapa jika terdesak,” katanya.

Katanya, Choon Wah menggunakan kereta jenis BMW berwarna hitam, bernombor pendaftaran PJC 3338.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek itu dikehendaki melaporkan kepada pihak polis dengan segera dan jangan bertindak bersendirian bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. — BERNAMA
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping