Siapa yang tak suka dengan Bonus beb. Kalau sebut je bab Bonus ni, semua orang tersenyum lebar. Kalau boleh, sampai ke telinga.
Mungkin sebab itu la pelakon dan jugak Mama Hot kita ni siap tawarkan Bonus bagi mana - mana pihak yang berani untuk menambat hati dia.
Siapa kata tak untung. Kahwin satu 'free' dua wo!!! Tu pun kira Bonus jugak la tu. Dah la dapat isteri pun masih 'bergetah'. Cun pulak tu. Amacam? Ada berani ke!!!
Setiap kali berpeluang berjumpa Che Ta, sudah pasti soal jodoh sering menjadi pertanyaan wajib. Tidak jemu menjawab pertanyaan seumpama itu, Che Ta hanya tergelak dan mengatakan jodohnya sangat ‘liat’.Katanya, dia tidak kisah jika hidup sebagai ibu tunggal tetapi ibunya sering menasihati agar Che Ta mencari seorang suami yang dapat menjaga dia dan anak-anak.“Takut juga bila sudah berkahwin saya tidak dapat menyesuaikan diri. Sudah terbiasa hidup dengan anak-anak saja. Risau bila sudah berkahwin suami pula tidak mahu saya berlakon.“Bukan senang mencari lelaki yang dapat menerima saya. Umpama beli satu percuma dua. Siap ada bonus, mungkin sebab itu lelaki takut mengurat saya,” katanya diiringi gelak tawa.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.