Selasa, November 20, 2012


Pelakon dan penyanyi Betty Banafe menganggap sikap hilang sabar ketika berhadapan dengan ujian dalam alam pertunangan menjadi penyebab dia hampir membatalkan pernikahannya dengan Bruce Dargus yang dijadualkan pada 8 Disember depan.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisan Abu Bakar Banafe, 33, berkata, puncanya adalah kecil apabila dia dan bakal suami yang berasal dari England itu berselisih faham mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan.

“Disebabkan dia bukan orang Melayu, dia sukar untuk memahami budaya kita. Semasa kami berbincang bagi mengadakan persiapan pernikahan, kami menghadapi masalah perbezaan pendapat menyebabkan saya putus asa sehingga berhasrat membatalkan perkahwinan itu.

“Bagaimanapun selepas dibantu oleh seorang teman rapat yang berusaha untuk menyelesaikan masalah kami, akhirnya kami mendapat jalan penyelesaiannya.” Kata Betty ketika hadir ke Menara Star di sini petang Isnin untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

Betty diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan hasratnya untuk membatalkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di rumah keluarganya di Kempas, Johor Bahru itu.

Betty memberitahu, dia percaya pendapat sesetengah pihak yang mengatakan dugaan di alam pertunangan memang berat dan besar kemungkinan boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu dibatalkan jika pasangan gagal untuk menanganinya.

Bagaimanapun dia bersyukur ketika hari bahagiannya semakin tiba, segala cabaran itu dapat dilaluinya dengan tabah.

“Saya perlu kuatkan semangat kerana saya mahu mengahwini bangsa asing iaitu lelaki yang berdarah Lubnan campur mat salih. Ia tidak mudah kerana perbezaan budaya. Tetapi saya bersyukur kerana dia boleh menerima budaya kita,” katanya yang mengenali pakar teknologi maklumat itu sejak setahun lalu.

Ps: Kata kuncinya, Banyakkan Bersabar. Sabar itu separuh dari Iman.
Categories:

1 ulasan:

  1. Kalau dok bincang majlis perkahwinan pun dah kelam kabut sampai cam tu..agak2 berapa lama pasangan ni kekal dialam perkahwinan mereka

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping