Halamak ai!!! Ingatkan kontroversi yang melibatkan Si Nurul Izzah berhubung isu Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu ni dah selesai.
Tapi rupanya masih belum lagi menemui jalan penyelesaian. Masih lagi dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor dan menunggu tindakan lanjut.
Jadi, jangan la Si Nurul Izzah tu ingat dia senang - senang je nak melepaskan diri. Kalau didunia ni dia boleh nak bagi alasan yang bukan - bukan, diakhirat kelak pun belum tentu lagi dia mampu nak berbelit - belit. Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
AIDC - Jika Nurul Izzah Anwar fikir pertemuannya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jumaat minggu lalu berhubung isu kebebasan agama adalah yang terakhir, lupakan saja kerana pertemuan itu, hanyalah yang permulaan.Ini kerana JAIS akan memanggil ahli parlimen Lembah Pantai itu serta saksi-saksi lain termasuk portal yang melaporkan kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dibuat Nurul Izzah pada sebuah forum di SubangJaya baru-baru ini, untuk siasatan lebih lanjut.Jumaat lalu, Naib Presiden PKR itu bertemu Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin membuat aduan mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa beliau memfitnahnya berhubung apa dikatakan ketika forum tersebut.Terdahulu Malaysiakini pada 3 Nov lalu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?”.Sumber memberitahu Agendadaily, JAIS sudah membentangkan laporan awal isu Nurul Izzah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pagi Jumaat (semalam). Laporan itu katanya turut mengandungi aduan Nurul Izzah pada Jumat lalu.Ditanya sama ada, JAIS dan MAIS berpuashati dengan laporan berkenaan, sumber itu menjelaskan, itu hanya laporan awal dan siasatan sebenar berhubung apa dikatakan Nurul Izzah akan bermula berdasarkan bukti-bukti yang dikumpulkan jabatan tersebut.Katanya, saksi-saksi terbabit termasuk pihak yang menyiarkan berita forum akan dipanggil.Menurut sumber lagi, Nurul Izzah juga akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
Padan muka Nurul Izzah. Kasi hentam sama dia habis-habis!!!!
BalasPadamnurul izzah..god bless u..
BalasPadamboooooooo...... omong kosong ya.... rakyat sekrg bukan senang nak dperbodohkan suka ati kolah nak tambah dosa kat dunia neh nak tuduh nurul izzah & pas bukan2 itu antara ko dgn allah swt.... kl x takut api neraka teruskan lah wahai pencacai bn senang sket kat padang mhsyar sok ko trus masuk lam neraka... xyah dihisab2 lagik
BalasPadam