Rabu, November 21, 2012


Hadus... Ni apa cerita pulak ni? Takkan la ada pulak pihak yang berani nak sailang Si Ketua Penipu ni secara terang - terangan? Diorang tak kenal ke siapa Si Ketua Penipu ni?

Diorang tak tau ke yang Si Ketua Penipu ni kamcing dengan puak - puak Yahudi Izrael. Takkan diorang tak takut kalau digempur dek puak - puak Yahudi Zionist tu kot.

Tapi, mungkin disebabkan itu jugak la Australia menolak rayuan Si Ketua Penipu tu. Dan mungkin jugak sebab diorang sendiri kenal siapa dia Si Ketua Penipu tu sehingga diorang berani mengambil tindakan macam ni. Kalau dah kuat sangat menipu, ini la padahnya!!!
MELBOURNE - Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
   
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
   
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
   
Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan. Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.
   
Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.
   
Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.
   
Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. "Tolong!!! tolong!!! tolong!!! serigala nak makan kambing aku.. tolong!!! Tolonglah aaa.."

    "Lantak dialah, mana ada serigala auta je tu.. dah berapa kali kita kena tipu.."

    Amik kau Nuar, tak ada orang nak percaya lagi..

    BalasPadam
  2. Dasar tak sedar diuntung...Annwar merupaka seorang yang amat hipokrit...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping