Isnin, November 19, 2012


Pergh!!! Memang kesian beb. Siapa yang tak terkejut kalau dia diliwat terang - terangan oleh rakan sendiri tanpa rasa belas kasihan dan tanpa disedari?

Inilah masalahnya dalam Pakatan Pembangkang ni. Sesama diorang pun sanggup 'main belakang'. Tu belum dengan orang lain lagi tu. Kot dengan orang lain, tak tau la dia main apa.

Kalau sebelum ini, PKR Pahang dibawah pimpinan Si Fauzi Pendek tu menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dalam bab pembahagian kerusi.

Katanya, Si Fauzi tu tetap akan menolak sebarang pindaan yang telah ditetapkan sebelum ini dan mengekalkan keadaan seperti sedia ada. 

Jangan mimpi la PAS nak mintak kerusi dari diorang. Takkan diorang bagi punya. Kalau nak bertanding, bertanding la kat mana kerusi yang dah diberi.

Tapi, rupanya PAS masih lagi tak puas hati. Mereka masih lagi berusaha untuk merampas kembali kerusi - kerusi yang telah diberikan kepada PKR sebelum ini.

Tindakan mereka memancing Hadi Awang ke Pekan untuk mendapatkan semula kerusi tersebut nampak gayanya tak berjaya sebab Presiden PAS tu setakat cakap je lebih.

Jadi, kali ni mereka cuba pulak membangkitkan isu tersebut dalam Muktamar bagi mendesak agar kerusi Parlimen Temerloh dikembalikan kepada mereka.

Desas desus yang kita dengar sebelum ini, PAS memang dah ada calon untuk kerusi tersebut dan memang wujud gerakan menyingkirkan PKR dari Temerloh.

Tinggal lagi, PKR Pahang pun bukannya buta. Takkan la diorang suka - suka je nak biarkan kawasan mereka dirampas kembali oleh PAS. 

Nak pulak kalau kerusi tu kerusi Timbalan Pengerusi PKR Negeri sendiri. Lagi la diorang tak nak lepas. Mati hidup semula pun diorang takkan bagi.

Sekarang dah cukup jelas bahawa diantara mereka pun masih lagi wujud perbalahan untuk berebut kerusi ni. Masing - masing semuanya Gila Kuasa belaka. Semuanya sibuk demi kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang buat untuk rakyat pun!!!
PETALING JAYA: Wakil Pahang meminta Parlimen Temerloh dikembalikan kepada calon PAS dalam pilihanraya umum ke 13.
“Saya yang mewakili PAS Pahang meminta kepimpinan supaya mengembalikan kepada calon PAS,” kata Mokhtar Senik ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di muktamar parti di Kota Baru hari ini.
Kerusi Parlimen Temerloh ditandingi calon PKR Ahmad Nizam Hamid dalam pilihanraya umum 2008 bagaimanapun beliau kalah kepada calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping