Kalau lah....adalah ayat yang kita gunakan untuk sesuatu yang kita tak pasti kejadian nya dan bukan berupa ketetapan.Umpamanya...kalaulah aku ada duit...kalaulah dia ada..kalaulah...kalaulah...kalaulah.Dalam DOA Nik Razi malam itu dia gunakan ungkapan "Kalau lah Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun dilaut" menunjukan dia TAK PASTItentang kisah Allah Taala menenggelamkan Firaun saperti yang difirmankan Allah Taala dalam Al Quran.Kalau Nik Razi yakin dengan ayat Allah Taala sewajibnnya dia menggunakan ungkapan "YA ALLAH ENGKAU PERNAH TENGGELAMKAN FIRAUN DILAUT" dan bukan "Kalaulah engkau"(bunyi macam kesangsian dan bukan ketetapan)Ungkapan yang digunakan Nik Radzi seakan satu pertanyaan(kesangsian) kepada Allah Taala tentang kisah Firaun ditenggelamkan dilaut.
Ps: Ayat penjelasan kat atas tu Semut ambik dari blog APA. Menarik juga keterangan yang diberikan mengenai perkataan 'KALAU LA...' ni.
Macam tajuk yang Semut berikan kat atas tu la. "Kalau la Mat Jenin boleh jadi Perdana Menteri". Hidup ber'Kalau' ni memang tak ke mana beb. Situ je la duduknya.
Ada pencacai Pakatan Pembangkang kata, UMNO takut dengan doa yang dibaca oleh PAS sebab itu diorang meroyan tak tentu arah.
Aiseh brader! Hak nak berdoa tu hak diorang la. Berdoa la apa pun. Kalau diorang berdoa baik, baik la ketentuannya. Kalau berdoa buruk, maka buruk juga la ketentuannya.
Kena ingat brader. Kot kalau diorang doa supaya Kerajaan hancur, diorang pun terkena sekali tau. Hukum Allah bukan setakat pada Kerajaan je.
Tengok macam mana Firaun mati. Dia tak mati sorang - sorang. Tapi mati sekali dengan rakyat dia. Habis satu empayar dia lesap. Bukannya dia je yang kena.
Tinggal lagi, jika doa diorang ni jadi sebaliknya nanti, jangan pulak diorang nak salahkan itu ini. Nak salahkan SPR la, nak salahkan pengundi Hantu la.
Ini bukan baru kali pertama diorang buat kerja macam tu. Dah banyak kali dah. Nampak sangat yang diorang menolak ketentuan Allah S.W.T. Itu pun diorang tak sedar jugak ke?
Kalau korang tak percaya, tunggu je la Pilihan Raya nanti. Sekarang pun diorang dok cari salah orang sebagai persediaan. Kata orang rasuah dan sebagainya.
Malah Presiden PAS pun dah kata, nanti wujud 'Taufan Wang'. Tu bukan bukti yang diorang sendiri tak percaya dengan doa yang diorang baca ke? Fikir sendiri la.
Apa pun, diucap terima kasih la kepada puak - puak Parti Angguk Saja ni sebab diorang sendiri membuatkan rakyat semakin menyampah terhadap Pakatan Pembangkang. Macam dah tak de kerja lain nak dibuat!!! Mengabihkan masa je!!! - Sumber ayat kat atas
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.