Sabtu, Disember 08, 2012


Kak. Berapa kali orang nak kena ulang. Berapa kali orang nak kena jelaskan perkara ni. Rasanya dah berjuta kali dah benda ni diulang - ulang.

Ketahui lah oleh Akak dan rakan - rakan akak yang lain. Si Khalid Gagap tu memang Kuat menipu!!! Dia dan gerombolan Rejim Pakatan Selangor tu semuanya lidah bercabang.

Diorang tu nampak je badan macam manusia Kak. Tapi hakikatnya, sifat dan naluri diorang tak ubah macam seekor Biawak. Hari ni diorang cakap lain, esok lain pulak.

Diorang ni memang dah dikenali sebagai 'Rejim Yang Cakap Tak Serupa Bikin'. Diorang bukannya Kerajaan yang menjaga Kebajikan Rakyat.

Ketahuilah Akak. Kalau akak bukan dari kalangan mereka, bukan penyokong tegar kepada Penipu Rakyat tu, usah mimpi la Akak akan dapat bantuan.

Jadi Akak. Sedar la. Jangan biarkan pisang berbuah dua tiga kali sebab benda tu takkan terjadi. Dalam Pilihan Raya akan datang, jangan bagi undi kat diorang tu. Nanti Akak dan rakan - rakan Akak jugak yang rugi!!!
SHAH ALAM: Pengerusi Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman membidas sikap berdolak dalik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang enggan menunaikan janji manifesto Pakatan Rakyat sejak empat tahun lalu.  

Murtini menegaskan kerajaan negeri belum melaksanakan janji memberikan elaun RM100 sebulan kepada semua ibu tunggal di Selangor.

Beliau menolak dakwaan Khalid semalam bahawa kononnya bantuan elaun itu hanya diberikan kepada ibu tunggal yang layak.

Murtini berkata apa yang jelas ialah golongan ibu tunggal diperdayakan Pakatan Rakyat demi mendapatkan undi pada PRU 2008.

"Apa yang melayakkan seseorang itu dapat bantuan? Dan apa yang tidak melayakkan seseorang itu? Dia kata mahu bagi kepada ibu tunggal yang layak...sepatutnya tidak kira macam tu, ibu tunggal tetap ibu tunggal.

"Pengundi seolah-olah diperdaya. Bila dapat undi, mereka (Pakatan Rakyat) lupa apa yang terkandung dalam manifesto itu.

Murtini berkata, beliau pernah mengajukan janji manifesto itu kepada Exco berkaitan hal ehwal wanita Rodziah Ismail.

Bagaimanapun pemimpin PKR itu menegaskan kerajaan negeri tidak akan memberikan wang tunai seperti yang dijanjikan kepada ibu tunggal .

Rodziah sebaliknya berkata  program-program tertentu akan diatur untuk golongan itu, kata Murtini.

"Kami tak memerlukan program. Sebab kami sudah terlalu banyak program. Sampai kami tidak terlayan program yang ada."

"Pengundi ini ghairah bila dijanjikan sebulan RM100. Bayangkan 4 tahun 5 bulan dah berlalu...ibu tunggal sepatutnya dapat RM5400. Siapa yang tidak seronok?,” kata beliau.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping