Sabtu, Disember 01, 2012


Aiseh!!! Ni apa hal pulak ni? Kenapa pulak nak disaman dua akhbar tu pulak Tok Mad? Apa yang diorang dah buat sampai beria - ia benar Tok Mad nak saman ni?

Setakat buat fitnah tu biasa la Tok Mad. Bukannya Tok Mad tak kenal dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang bukannya ada kerja lain nak buat.

Kalau sehari diorang tak buat fitnah, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya. Itu je caranya diorang nak menang PRU yang akan datang.

Nak harapkan diorang buat kerja untuk rakyat? Jangan mimpi la!!! Setakat menipu rakyat, memang diorang cukup pandai. Tapi kalau bab nak bekerja untuk rakyat, kirim salam je la. Diorang tu setakat cakap je pandai, buatnya satu hapah pun diorang tak reti!!!
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan bertindak menyaman dua lidah rasmi pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
 
Ahmad berkata Felda akan menyaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta Mazlan berdasarkan artikel yang dikeluar kedua-dua akhbar pro-pembangkang itu yang didakwa cuba memburukkan agensi Bumiputera itu.
 
“Pembangkang memang pembohong dan pemfitnah, mereka menuduh Felda berurusniaga dengan Israel, PM khianati rakyat Palestin. Akhbar suara mereka, akhbar ini memfitnah Felda.
 
“Jadi mereka memfitnah Felda bermaksud mereka memfitnah kerajaan juga,” katanya kepada pemberita di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi.
 
Laporan tersebut dimuatkan di dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November lalu.
 
Sementara akhbar Harakah pula didakwa memburukkan badan itu dengan artikel bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' dilihat cuba mengaburi mata rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas itu.
Ahmad selain itu berkata dakwaan akhbar itu jelas berniat jahat dan bermotifkan politik.

“Kumpulan Felda tidak pernah jual minyak kepada Israel,” katanya.

Ahmad dalam pada itu mengaskan Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel seperti yang didakwa oleh akhbar itu.

Katanya lagi syarikat tersebut adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatic dan perdagangan.

“Kami ingin menegaskan bahawa polisi Kumpulan Felda adalah jelas di mana kami tidak pernah dan tidak akan pernah menjalankan urusniaga dengan Israel,” katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. pembangkang memang kaki fitnah. putar belit fakta. saman je. kasi ajar mereka yang kurang ajar tu.

    BalasPadam
  2. Boleh ke menang? Aku kurang yakin sikit dgn sistem kehakiman skarang ni.....even SPRM pun dh tk blh nk percaya, brapa nanyak penyelewengan pembangkang di hebah kan tkda pun aku dengar SPRM bukak kertas siasatan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping