Sabtu, Disember 01, 2012


Hek eleh!!! Teruja lebih pulak dah orang tua ni, apa pasal? Dia tak pernah tengok ke benda - benda macam ni berlaku depan mata dia? Ke dia sendiri pun tak sangka?

Tapi, memang patut sangat la dia rasa teruja sebab selama ni dia sendiri tak pernah merasai perkara sedemikian. Tu pasal la nafsu dia pun naik tak tentu arah.

Itu baru dia lihat kerendahan diri seorang Tan Sri Speaker mintak maaf. Belum dia tengok sifat - sifat baik pemimpin - pemimpin BN yang lain lagi. Pun dia dah teruja.

Kalau dalam kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang tu, jangan harap la berlaku benda - benda macam ni. Diorang bukannya reti nak merendahkan diri.

Nak pulak kalau pemimpin macam Si Karpal Whilchar ni. Hakikatnya, dia memang dah banyak buat salah dengan orang. Tapi ada dia nak mintak maaf?

Dia mencaci cerca agama Islam dan telah membangkitkan kemarahan rakyat secara keseluruhannya. Ada dia nak mintak maaf? Jangan harap la!!!

Si Karpal tu hanya pandai suruh orang lain je supaya bertaubat. Nak harapkan dia sendiri bertaubat dan berenti je dari Politik ni, jangan mimpi la!!! Setakat bercakap, dia memang pandai. Tapi kalau suruh buat kerja, satu hapah pun dia tak tau!!!
PETALING JAYA: Veteran DAP Karpal Singh berkata beliau terharu dengan permohonan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia semalam, justeru membalas permohonan maaf daripada dirinya.

"Saya ingin membalas dengan meminta maaf atas ketelanjuran yang disebabkan oleh saya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Pandikar dari pihak DAP untuk perkhidmatan yang diberikan beliau kepada Dewan Rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat Parlimen Malaysia sebelum pilihan raya umum,  Pandikar mengambil peluang meminta maaf kepada Karpal sekiranya pernah menyinggung perasaan pengerusi DAP itu sepanjang persidangan parlimen sejak 2008.

Beliau mengkhususkan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu kerana tidak sensitif terhadap keadaan kesihatan yang dialami oleh Karpal.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat satu masa persidangan apabila Speaker meminta semua ahli parlimen mengangkat tangan untuk membuat keputusan mengenai Rang Undang-Undang dan telah menegur Karpal kerana gagal untuk berbuat demikian.

Beliau kemudian sedar bahawa bahawa Karpal tidak dapat mengangkat tangan akibat lumpuh ekoran kemalangan kereta beberapa tahun lalu.

"Saya masih merasa teruk tentang perkara itu sehingga hari ini. Walaupun Karpal tiada di dalam dewan hari ini, saya ingin mengatakan bahawa saya sangat maaf. Saya tidak bermaksud untuk tidak menjadi begitu sensitif, " kata Pandikar semalam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping