SEMALAM filem Kahwin 5 terbitan Showbiz Productions mula menemui peminat di sekitar 70 buah pawagam seluruh tanah air.
Filem arahan Nizam Zakaria itu dibintangi oleh Shy8 atau Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Dian P.Ramlee, Adrea Abdullah, Norish Karman, Marsha Milan, Anzalna Nasir dan Soffi Jikan.
Antara watak yang menonjol dalam Kahwin 5 adalah Sahara lakonan Adrea yang merupakan isteri kedua kepada Dr. K, yang dilakonkan oleh Shy8.
Menariknya, Sahara bukan sahaja garang tetapi pekat dengan dialek Kelantan kerana wanita itu ditemui Dr. K sewaktu menjual tupperware di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Pembawa watak Sahara adalah Adrea dan dia tidak mempunyai masalah untuk bertutur dialek Kelantan kerana dia memang berasal dari negeri itu.
Menurut Adrea atau nama sebenarnya Nik Adrea Nik Abdullah, dia memilih untuk berlakon Kahwin 5 kerana jalan ceritanya yang menarik, lucu dan berkisarkan tentang realiti.
Bagaimanapun kata Adrea, dia amat malu ketika melakonkan adegan atas katil dengan Usop Wilcha walaupun ini adalah filem ke lima lakonannya.
Sumpah Adrea malu! Segan sangat! Tapi nasib baik Adrea dapat padamkan rasa malu ketika rakaman adegan itu, kalau tidak pasti tak menjadi babak itu.
Apa pun Adrea bernasib baik sebab abang Usop profesional orangnya. Dia tak menganggu fokus Adrea untuk menghidupkan karakter Sahara dan menggambarkan keadaan mereka sebagai suami isteri ketika itu," katanya mengulas adegan yang tampak menggoda itu.
Kata Adrea, dia bukanlah jenis yang berani untuk melakonkan adegan daring namun bersetuju untuk filem Kahwin 5 kerana watak Sahara yang pelbagai.
Realitinya Adrea memang takut untuk melakonkan adegan berani kerana Adrea tidak mahu dianggap sebagai pelakon yang bukan-bukan pula.
Selalunya Adrea akan tapis dulu sebelum buat keputusan untuk memilih watak yang ada unsur-unsur panas, tapi kalau boleh elak mesti elak.
Lagipun Adrea ini pelakon serius. Adrea tidak mahu mencari glamor murahan dengan menerima watak yang tak mencabar dan tidak membantu Adrea untuk membina nama sebagai pelakon. Untuk watak Sahara itu ada sebabnya kenapa Adrea terima," jelasnya.
Ps: Kalau macam tu, dah tentu - tentu Si Adrea ni juga turut membenci lelaki dalam gambar dibawah ni sebab dia pun boleh tahan miang. Depan Belakang dia sapu BERSIH!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.