Sabtu, Disember 29, 2012


BARU-BARU ini teman SS menemu bual penganjur konsert amal bertujuan mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin khasnya di Gaza yang semakin menderita ditindas oleh rejim Zionis.

Umum tahu masyarakat di sana semakin terhimpit dengan pelbagai masalah terutamanya bekalan makanan, ubat-ubatan dan air bersih yang sukar diperoleh dan usaha penganjur ini mengumpulkan lebih 10 artis untuk mengadakan konsert satu usaha yang bagus. 

Bagaimanapun, dalam ramai artis yang terbabit, teman ini lihat tiada seorang pun artis terkenal yang menyertainya. Boleh dikatakan semuanya band baru atau indie yang hanya diminati dan dikenali segelintir peminat. 

Maklumlah, dengan adanya barisan artis popular, sekurang-kurangnya peminat akan hadir menonton sekali gus menjadi penyumbang kepada kutipan yang diadakan.


Namun, jawapan yang diberikan penganjur itu mengejutkan rakan SS. Katanya bukan mereka tidak mahu menjemput artis terkenal untuk menjayakan konsert sebegini.


Tetapi apabila mereka buka mulut sahaja beritahu perkara itu, jawapan pertama yang terkeluar daripada artis terbabit ialah mengenai bayaran yang bakal diperoleh. Bagi mereka semua urusan yang dibuat mesti berpandukan kepada wang. 

Walaupun tahu ini hanya konsert amal, bagi mereka penganjur tetap memperoleh keuntungan daripada kutipan tiket sedangkan untung nasib konsert ini belum tahu lagi sama ada berjaya atau tidak. 

Ini jelas berbeza dengan band baru atau indie ini yang langsung tidak berkira soal wang. Memadailah jika penganjur menyediakan sedikit makanan dan minuman buat mereka sepanjang terbabit dengan konsert ini. 

SS sendiri pun terkejut mendengar fakta ini. Memang tidak sangka langsung sampai begitu sekali sikap mereka. Sesekali terlintas di fikiran, takkanlah nak menyumbang satu atau dua lagu pun berkira sangat. 

Iyalah daripada kedekut sangat nak sumbang wang, apa salahnya menyanyi percuma untuk membantu mereka yang memerlukan. Agaknya mereka tidak faham kelebihan yang bakal diperoleh apabila membantu orang susah. 



Ps: Hadeh!!! Tak ubah perangai macam Si Ostazah Pening tu jugak la ye. Dia dok sibuk bercerita buruk pasal orang atas pentas.

Kononnya, dia kata sekadar nak berkongsi pengalaman jek. Tapi, rupa - rupanya sebab ada 'habuan' yang disediakan.

Kot kalau betul nak berkongsi cerita, menda kejadahnya pulak dia nak diberikan habuan? Buat secara amal jariah tak boleh ke?

Itulah masalahnya dengan orang yang tak sedar diri macam Si Ostazah Pening tu. Dah tak laku, mula la meroyan tak tentu pasal. Lepas tu, berkira bukan main. Nak jugak dapat habuan!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. I really like what you guys tend to be up too. This sort of clever
    work and exposure! Keep up the superb works guys I've incorporated you guys to our blogroll.

    Stop by my web page: Funny Humor Pictures

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping