KUALA LUMPUR – Tindakan lanjut terhadap individu yang dipercayai mencetuskan provokasi dan kekecohan dalam program dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tersekat kerana didakwa mempunyai kaitan dengan ‘tangan-tangan hitam'.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, ‘tangan-tangan hitam’ itu dikatakan cuba melindungi mereka yang bertindak kasar sehingga menyebabkan ada penyokong tercedera.
“Sebelum ini, insiden seperti ini pernah berlaku di Lembah Pantai, tapi tidaklah sampai seperti di Gombak (program Jelajah Mesra Rakyat). Semua sudah kita dokumentasikan (buat laporan polis) tapi malangnya masih lagi dilindungi.
“Jadi pada saya, jelas bahawa ada cubaan ‘tangan-tangan hitam’ yang melindungi pemukul serta mereka yang bertindak kasar.
"Saya pasti, ada arahan keluar kepada pihak polis untuk tidak menangkap individu yang memukul dan membaling batu,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Mesra Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden provokasi yang berlaku pada malam Jelajah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak, 4 Disember lalu.
Dalam kejadian itu, terdapat penyokong PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk terkena tikaman.
Susulan insiden tersebut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, PR akan mengadakan perbincangan bagi mempertimbangkan langkah selanjutnya yang akan diambil memandangkan ia melibatkan keselamatan orang ramai.
“Jika tidak, ia akhirnya memberi insentif dan galakan kepada ramai lagi buat lebih banyak dan lebih teruk kepada pimpinan PR.
"Ini yang harus rakyat tentang kerana akhirnya rakyat tak berdosa yang terkena seperti mereka yang hadir ceramah atau kebetulan ada di situ,” katanya.
Ps: Memang betul sangat la apa yang Si Nurul Izzah tu cakap. Memang ada 'tangan hitam' yang melindungi perbuatan kasar ni.
Sebab itulah masa pemilihan PKR tahun 2010 dulu tak de sebarang tindakan yang diambil walaupun ada gambar dan video disertakan.
Berpuluh - puluh laporan dibuat mengenai insiden baling kerusi dan bergaduh kepada pimpinan tertinggi, tapi satu tindakan pun tidak diambil.
Sebab apa tak de tindakan? Sebab kebanyakkan laporan tu mendedahkan pekung Si Nurul Izzah ni sendiri. Jadi, tak payah la dia nak tuduh orang lain. Sedar diri sendiri tu dulu. Jangan main cakap ikut sedap mulut je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.