KLANG: Demi mengekalkan integritinya, kerajaan negeri akan membuat saman balas terhadap Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat itu telah mengabaikan golongan tersebut sejak mentadbir negeri itu pada 2008.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kebudayaan, Rodziah Ismail yang ditemui Antarapos hari ini berkata pihaknya telah menerima saman yang difailkan persatuan itu dan kini sedang menelitinya sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
“Untuk perkembangan terkini, saya baru dapat sebenarnya saman kepada kerajaan negeri dan kita sedang meneliti saman tersebut dan kerajaan Selangor akan buat saman balas ke atas tuduhan mereka kerana ianya melibatkan integriti kerajaan Selangor,” katanya.
Tegas Rodziah lagi, kerajaan negeri itu telah melaksanakan janji manifestonya kepada ibu-ibu tunggal di Selangor serta meminta semua pihak dapat memahami kesulitan yang dihadapinya di dalam mengumpulkan data mengenai golongan tersebut ekoran tiada sebarang maklumat lengkap yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Untuk itu katanya, kerajaan negeri terpaksa berusaha untuk mengumpul data-data berkaitan golongan itu serta membuka semula permohonan baru kepada ibu-ibu tunggal di Selangor.
Dan untuk setiap permohonan yang layak, bantuan telah disalurkan melalui pelbagai agensi seperti Pusat Zakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan juga melalui Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.
“Untuk makluman semua, kerajaan negeri Selangor sebenarnya di sudut manifestonya telahpun melaksanakan tanggungjawab kepada ibu-ibu tunggal ini.
Daripada awal lagi saya kata kita kumpul semua data-data sebab kena tahu masa saya masuk pejabat, tidak ada sekeping dokumen yang ditinggalkan. Jadi daripada situ kita mula mengumpul senarai nama, membuka permohonan ibu-ibu tunggal.
Dan kita telah salurkan permohonan mereka ini kepada banyak agensi. Kepada Pusat Zakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), ADUN, saya sendiri banyak membantu secara peribadi. Dan kita juga telah memberi bantuan dalam konteks menambah pendapatan mereka,” kata ADUN Batu Tiga itu.
Baru-baru ini 2,020 ibu tunggal memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.
Ps: Jangan salah faham. Jangan cepat sangat melatah. Jangan laju sangat nak marah - marah. Bertenang.
Kalau korang nak tau, memang begini la caranya diorang jaga Kebajikan Rakyat. Tak dapat nak jelaskan keadaan, rakyat jugak jadi mangsa.
Rakyat jugak yang nak dikenakan tindakan. Itu caranya Pakatan menjaga Kebajikan Rakyat. Bila dah terbogel macam ni, maka terpaksa la diorang tutup kemaluan tersebut dengan apa yang ada!!!
Kenapalah yb Rodziah macam orang tak sekolah je jawapannya.persatuan ibu tunggalkan ada.Nak beli garam jangan prrgi kedai tayar,mimang takde la dijual disitu,tanyala katkedai runcit.tipu punya olang.
BalasPadam