Kesian. Kalau orang lain tu kena sekali pun dia dah menyesal dah. Tapi yang ini lain pulak ceritanya. Kena banyak kali pun, dia masih tak sedar diri.
Agaknya dia seronok kot kena 'balun' banyak - banyak kali. Mungkin itu je caranya dia dapat melepaskan apa yang 'terpendam dalam diri dia' gamaknya.
Tapi, apa boleh buat. Jenis manusia yang tak sedar diri memang macam ni la. Buat la apa pun, kalau dah dasar jenis Pekak Badak tu, Pekak Badak la jugak. Jangan biarkan dia terus berkuasa dalam Pilihan Raya Umum nanti sudah la!!!
PETALING JAYA: Exco Selangor Ronnie Liu didakwa cuba melindungi kumpulan pemaju-pemaju projek yang melanggar peraturan sehingga mengakibatkan berlakunya masalah banjir di Klang.Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata sikap sambil lewa Ronnie yang gagal mengenakan tindakan terhadap sesetengah kumpulan pemaju itu sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat di Klang selain mengalami kerugian.Ini sekaligus katanya menggambarkan bahawa cakap-cakap pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya mereka menerapkan unsur-unsur kompetensi, akauntabiliti dan transparensi tidak lebih dari sekadar retorik.“Sebagai seorang Exco, dia sepatutnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengambil tindakan terhadap pemaju. Dia ada tak ambil tindakan kepada pemaju? Saya rasa tiada.“Jika dia ada mengambil tindakan, pemaju akan perlu membiayai kos tebatan banjir di kawasan yang terlibat. Mengapa dia tak buat begini sedangkan Pakatan sentiasa kata tentang kompetensi, akauntabiliti dan transparensi.“Dia ada fikirkah yang akhirnya siapa yang menanggung masalah ini? Rakyat dan pembayar cukai. Hal ini menjadi-jadi sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008. Kerajaan negeri terutamanya Ronnie cuba melindungi isu perbelanjaan yang membebani residen di Klang dan Selangor,” tegas beliau.Kerajaan negeri kata Tuan Tat, dilihat lebih tertarik untuk bermain tarik tali dengan pemaju daripada mencari jalan meringankan beban rakyat yang telah memberikan amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.Ia juga sekaligus katanya membuktikan Ronnie sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Exco.
“Sebenarnya apa yang mereka buat (ibarat) main bola sepak dengan pemaju dan menghindarkan apa yang patut dibuat untuk menyelamatkan air muka sendiri. Ini sangat bertentangan dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).“Ini (juga) menunjukkan yang beliau (Ronnie) tidak kompeten dan tidak berguna sebagai seorang Exco. Beliau tidak layak memegang jawatan tersebut kerana mengancam pentadbiran kerajaan tempatan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.