Selasa, Disember 25, 2012


KUALA LUMPUR: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah 'Allah' telah mencetuskan semula polemik yang telah lama reda. 

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan isu ini tidak seharusnya ditimbulkan semula dan menggesa pihak yang berkenaan merujuk kepada ahli ulama terlebih dahulu. 

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik dan digunakan untuk tujuan yang tidak baik. 

"Perkara ini tidak seharusnya ditimbulkan semula... Mana-mana pihak yang mencetuskan isu ini seharusnya merujuk dengan ahli ulama terlebih dahulu," kata beliau ketika dihubungi Malaysian Digest hari ini. 

Terdahulu, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam perutusan sambutan Hari Krismas beliau, telah menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penganut agama Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu mereka. 

Nasrudin berkata, perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana ianya sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik. 

"Perkara ini perlu diadakan dialog dan perbincangan yang mendalam serta minta pendapat ulama. 

"Perkara ini lebih mudah dimainkan dengan emosi dan ia tidak seharusnya dijadikan isu untuk mengelakkan terjadinya ketegangan agama," tegas beliau. 

Beliau turut berpendapat rakyat Malaysia, khususnya Melayu Islam belum bersedia menerima perkataan ‘Allah’ itu di dalam Bible. 

"Terlalu janggal untuk digunakan (Kalimah Allah di dalam Bible) di Malaysia ini kecuali mungkin tidak di Sabah dan Sarawak," jelas beliau. 

Polemik isu penggunaan kalimah Allah sebelum ini telah menimbulkan ketegangan agama apabila lapan buah gereja disekitar Lembah Klang telah dibakar pada Januari 8, 2010. 

Motif serangan dipercayai berkait dengan penggunaan kalimah Allah oleh penerbit majalah mingguan Katolik, The Herald. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah membincangkan isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Ps: Setakat tenyeh macam tu je apa barang Nasha oi!!! Selalu tu, pandai sangat nak buat demi. Sekarang ni, buat la!!! Takkan setakat berani cakap je. Takut DAPigs marah ke!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping