Gara - gara terpersona dengan ucapan penggulungan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib petang telah berjaya membangkitkan semangat Harimau Malaya malam ni gamaknya.
Walaupun sebelum ini mereka ketinggalan, tapi semangat juang mereka bangkit demi untuk menjaga imej dan nama baik Negara. Tahniah diucapkan.
Bukan la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Yang diorang tau, asyik nak menjahanamkan Negara je kerjanya. Macam dah tak de kerja lain.
Patut la rakyat semakin hari semakin muak tengok gelagat diorang. Hari - hari dok menipu je kerjanya. Suruh jaga Kebajikan Rakyat, satu hapah pun diorang tak buat. Setakat bercakap je buat apa. Buat mengabihkan masa je!!!
MALAYSIA layak ke separuh akhir dengan mengatasi Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.Skuad kebangsaan mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama. Gol Malaysia dijaringkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27, sebelum Mahala Jasuli menggegarkan stadium dengan gol kedua pada minit ke-30.Meskipun Malaysia mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong yang membanjiri stadium malam ini, Harimau Malaya tidak mempamerkan aksi garang pada babak awal perlawanan apabila Indonesia terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah menerusi Vendry.Pun begitu, rembatan kencang Rendry berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.Selang satu minit kemudian, sekali lagi peluang Indonesia untuk menjaringkan gol. Percubaan Samsul tersasar.Susulan asakan pasukan pelawat, Malaysia mula mengatur gerakan menarik. Safee Sali tidak berjaya menanduk masuk hantaran dari sepakan sudut pada minit ke-23.Selepas itu, penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila tendangan Azamuddin berjaya menewaskan penjaga Indonesia, Wahyu Tri Nugroho untuk meletakkan di depan pada minit ke-27.Selang tiga minit kemudiaan, kealpaan benteng pertahanan Indonesia akhirnya mengundang padah apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua menerusi Mahali pada minit ke-30, sekali gus menggegarkan stadium dengan nyanyian kata-kata semangat.Bersambung babak kedua, Indonesia mula beraksi garang apabila pergerakkan cantik Andik nyaris membolosi gawang. Percubaannya ditangkap kemas oleh Farizal.Selepas itu, giliran Malaysia melakukan asakan, tetapi tandukan Safee hasil hantaran Zubir sekali lagi tidak menepati sasaran pada minit ke-51.Indonesia tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, Pun begitu gagal membolosi gawang lawan dan akhirnya terpaksa akur apabila misi mereka untuk menempah tiket ke separuh akhir musnah.
menang ni tak de ke yang nak cakap sebab umno jugak ye,, alhamdulillah semut hitam dah kata,, hehehe
BalasPadam