Ahad, Disember 02, 2012


Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang telah banyak berbakti kepada semua rakyat Malaysia dari dulu sehingga kini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kerana memberikan layan yang baik kepada semua perwakilan serta mereka yang hadir ke Perhimpunan tahun ini.

Secara peribadi, Semut juga ingin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang berada di PWTC.

Walaupun tak dapat masuk dewan dan ambik gambar, tapi itu semua tak penting. Apa yang penting, amanat dan usul yang telah dibentangkan diberi perhatian oleh pemimpin.

Jangan hanya dengar telinga kanan, keluar telinga kiri pulak. Perlu ada tindakan yang lebih efektif untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan.

Dan yang paling utama sekali, Semut ingin mengucapkan terima kasih diatas penghargaan pemimpin kepada seluruh jentera media siber yang Pro BN.

Walaupun apa yang Semut tulis dalam blog ni tak de la seberapa sangat impaknya secara menyeluruh, tapi penat lelah tu masih jugak dihargai. Itu pun dah lebih dari mencukupi.

Sekarang, Perhimpunan pun dah habis, tiba la masanya untuk semua orang bekerja dengan lebih keras membalun pembohongan demi pembohongan yang dibuat oleh Pakatan.

Kita perlu jelaskan yang diorang tu memang setakat pandai bercakap je. Tapi, bila suruh buat kerja, satu hapah pun diorang tak reti!!! Buat mengabihkan masa je kalau pilihan diorang jadi pemimpin!!!
KUALA LUMPUR - Ahli - ahli Umno perlu menguasai media sosial seiring dengan peredaran zaman bagi menarik sokongan golongan muda, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
 
Beliau yang juga Perdana Menteri menekankan kepentingan menguasai media sosial itu sebagai medium mendekati golongan muda ketika berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno.

"Kita dengar dari rakyat, kita dengar dari orang muda kerana 20 peratus daripada pengundi akan datang, orang muda.

"Kita juga mesti menampakkan parti yang dinamik, sebab itu saya buat macam-macam cara... suruh duduk atas jalan raya saya duduk tengok bola... suruh saya naik motosikal pun saya naik," katanya.

Beliau juga memberitahu tentang akaun laman mikro, Twitter miliknya yang sudah mempunyai lebih sejuta pengikut. 
"Twitter base saya pun boleh tahan, lebih sejuta, lebih daripada Lisa (Lisa Surihani) apa tu? Suriadi?Norisa? Saya pun tak berapa tahu nama ini.
Ps: Buat sahabat - sahabat yang sempat Semut jumpa, mohon maaf la bebanyak ye kalau ada yang terkasar sewaktu bergurau. Kita buat kerja ni jangan serius sangat. Yang penting kerja siap, hati kasi 'Happy'. Hidup UMNO!!! Hidup UMNO!!! Hidup UMNO!!! Takbir!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. tanpa kamu blogers semua,siapa la aku....tahniah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping