Kerana marahkan tindakan berterusan kerajaan Selangor merobohkan kuil, 600 kaum India bangkit berdemonstrasi di hadapan Dataran Shah Alam dan bangunan SUK Selangor bermula 11.00 pagi tadi.
Mereka terdiri daripada Skuad Belia MIC, Nambikai, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, NGO Perinnbam, Indian Athma Sakti Association, Tamil Uthavum Karangkal dan beberapa NGO lain marah dengan kejadian terbaru merobohkan kuil di sebuah rumah kediaman di Sepang, lapor rakyatmerahkuning.blogspot.com.
“Mereka datang membawa kain rentang mengutuk tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum beragama Hindu dengan tindakan merobohkan tempat sembahyang tersebut.
“Ini merupakan kemuncak kebangkitan masyarakat India yang sudah lama memendam rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri terutamanya EXCO Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai tidak menjaga kebajikan orang India Selangor,”lapor blog itu.
Blog mediashahalam turut menyiarkan satu memorandum berkaitan isu tersebut yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Kami menyifatkan pekara yang berlaku sebagai sesuatu yang serius dan menyentuh serta menghina sensitiviti agama Hindu.
“Insiden yang berlaku merupakan hadiah yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri kepada masyarakat India di Selangor kerana mempercayai dan mengundi Pakatan Rakyat .
“Pakatan Rakyat menabur pelbagai janji antaranya tidak akan merobohkan sebarang tempat beribadat sekiranya pakatan rakyat mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.
“Maka secara kesimpulanya Pakatan Rakyat dengam jelas dan sengaja telah memungkiri janji yang diberikan kepada masyarakat india sewaktu pilihanraya umum ke 12, “petikan daripada kandungan memorandum tersebut. - SUMBER
Ps: Kalau korang nak tau, inilah caranya Rejim Pakatan Selangor tu jaga Kebajikan Rakyat. Caranya memang cukup mudah. Tido je, tak payah buat apa - apa. Kan senang?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.