Apa boleh buat. Diorang cuba la nak tutup apa sekali pun. Tapi akhirnya nanti, terbogel jugak diorang dibuatnya. Mana nak taruk muka?
Sebelum ini, diorang bukan main lagi nak mendabik dada kata hubungan sesama diorang tu anjal, baik dan sebagainya. Tapi hakikatnya, semua tu wayang diorang belaka.
Setakat cakap je yang diorang mampu. Bila tiba bab perlaksanaan, semuanya HAMPAS belaka. Cakap orang tak serupa bikin memang macam ni.
Kalau betul hubungan diorang baik, kenapa pulak PAS dan PKR nak bantah cadangan DAPigs nak letak calon Melayu dalam PRU akan datang?
Perkara ni bukan berlaku di Pulau Pinang je. Tapi turut berlaku ditempat - tempat lain. Soalnya, kenapa pulak diorang nak halang perkara tu berlaku?
Adakah sebab PAS dan PKR takut DAPigs ni mempunyai pengaruh yang lebih dari mereka dikalangan orang Melayu sendiri? Atau diorang takut DAPigs jadi dominan?
Apa pun alasannya, memang jelas bagi kita yang duduk diluar ni untuk melihat bahawa dalam Pakatan tu sendiri memang wujud konflik yang tak mampu mereka nak tangani.
Masing - masing ada agenda tersendiri. Masing - masing tak de kata sepakat pun sebenarnya. Semuanya berjuang demi kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang berjuang untuk rakyat pun!!!
GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS didakwa tidak selesa dengan cadangan DAP untuk membariskan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak, ini kerana kedua-dua parti sekutu DAP di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) itu tidak memberikan sebarang respon positif berhubung cadangan tersebut terutamanya di Pulau Pinang sekali gus beranggapan ianya sebagai tidak perlu.Kecewa dengan situasi itu, Rahmad mengingatkan pemimpin parti tersebut bahawa sikap yang ditonjolkan itu berisiko mengurangkan sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang pada pilihan raya nanti.“Saya agak terkilan kerana cadangan yang dikemukakan untuk calon-calon Melayu daripada DAP diwujudkan di negeri ini tidak mendapat reaksi positif daripada PKR mahupun PAS. Mereka beranggapan bahawa DAP tidak perlu mempunyai calon-calon Melayu.“Kalau begini corak mereka bergabung, hanya mementingkan calon Melayu parti masing-masing, ianya akan mendatangkan masalah defisit sokongan daripada pengundi di Pulau Pinang,” katanya kepada Antarapos ketika ditemui di pejabat KMPP di Pulau Pinang.Sikap acuh tak acuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara tersebut turut dipertikai Rahmad.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri juga tak pernah secara terbuka mengatakan sokongan beliau supaya DAP Melayu diletakkan sebagai calon di Pulau Pinang sedangkan negeri ini adalah negeri kelahiran dia.“Sebagai anak watan Pulau Pinang, beliau sepatutnya bersetuju sekiranya DAP mempunyai calon-calon Melayu. Bukan (sekadar) dengan memberi jawapan terpulang kepada DAP,” tegas beliau.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.