Sabtu, Disember 15, 2012


Apa jadi dengan slogan suruh Si Ketua Penipu tu bertaubat sebelum ini? Adakah Si Ketua Penipu tu dah bertaubat sehingga Si Karpal ni tetap mahu dia jadi PM?

Inilah yang ironiknya dengan Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Dulu, Si Karpal Whilchar ni jugak yang beria - ia suruh Tun Mahathir pecat Si Ketua Penipu tu.

Dia jugak yang menjadi penghalang kepada cita - cita Si Ketua Penipu tu untuk menjadi Perdana Menteri. Sekarang, dia pulak nak sokong Si Ketua Penipu tu?

Dulu, dia jugak yang tuduh Si Ketua Penipu tu meliwat. Memang kena sangat la nama jolokan yang diberikan kepada Si Karpal Whilchar ni. Dia memang kuat Poo...singh!!! Lidah macam Biawak!!!
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
   
"Apabila kami menang dan tawan Putrajaya, kami dalam DAP akan memberi kerjasama untuk tentukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," katanya pada ucapan perasmian Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16, di Penang International Sport Arena (PISA) di sini hari ini.
   
Pendirian beliau itu nyata bertentangan dengan resolusi Pas baru-baru ini yang memilih presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.
   
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Pas akan menjadi sekutu penting dalam pakatan pembangkang, meskipun mereka (Pas) mungkin mempunyai prinsip yang berbeza.
   
Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada perasmian kongres itu ialah Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.
   
Ahli politik berusia 72 tahun itu turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah dan melupai sumbangan golongan veteran terhadap kemajuan parti itu.
   
"Kita tidak seharusnya lupa bahawa kita mencapai kegemilangan disebabkan pemimpin terdahulu. Jangan lupakan golongan veteran. Jangan pandang rendah kepada kuasa golongan veteran," katanya.  - Bernama
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping