Alamak ai!!! Baru kena cabar macam ni pun dah kecut 'telur'. Tu belum dicabar suruh buat betul - betul tu. Kalau betul - betul, tak tau nak cakap la.
Masalahnya dengan diorang ni, bila bercakap tu macam diorang bagus sangat. Walhal, hakikatnya diorang sendiri tak berani nak buat benda tu.
Dimulut diorang cakap la yang diorang ni memperjuangkan Islam sebab diorang nak laksanakan Hudud. Tapi soalnya, adakah Hudud itu saja perjuangan Islam?
Cukup ke dengan memperjuangkan Hudud itu sahaja untuk menyatakan bahawa mereka ni pejuang Islam? Perkara - perkara lain macam mana?
Ingat! Mereka sendiri pernah menolak untuk tidak mempersoalkan mengenai isu akidah yang telah dicetuskan oleh Si Nurul Izzah sewaktu muktamar baru - baru ini.
Alasan mereka isu soal akidah itu tidak penting untuk dibahaskan dan dibangkitkan jika ianya nak dibandingkan dengan isu Politik.
Nah!!! Disitu sahaja kita dah boleh lihat betapa jumudnya pemikiran puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ingat dengan hanya memperjuangkan Hudud dah cukup jadi Islam.
Jika pun benar mereka nak memperjuangkan Hudud, kenapa perlaksanaan Hukum tersebut tidak dimasukkan dalam perjanjian Buku Jingga?
Kenapa pulak perkara tersebut boleh tertinggal dari disebut dalam mana - mana bahagian Buku tersebut? Adakah itu menunjukkan yang diorang masih nak buat Hudud?
Dan yang lebih penting, jika benar PAS nak laksanakan Hudud, KENAPA TAK MASUKKAN DALAM MANIFESTO MEREKA SENDIRI???
Jelas, soalan itu sendiri tidak mampu nak dijawab oleh pencacai - pencacai PAS. Tapi mereka dok dabik dada menolak kononnya mereka ni SESAT. Apa pasal pulak diorang nak marah jika memang itu Kebenarannya? Siapa makan cili, dia la rasa pedas!!!
Wakil UMNO Kelantan, Mohd. Afandi Yusoff berkata, UMNO tidak menentang malah menyambut baik jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud kerana hukum itu diyakini dan ditaati oleh semua umat Islam di seluruh dunia."Kalau benar Pas jantan dan kalau benar Pas hendak buat hukum hudud, kita cabar mereka berjuang meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga. Kalau yang itu pun tidak boleh buat, kita labelkan Pas ibarat barua."Saya hendak bagi pantun sedikit kepada Pas. Hisap rokok dalam kelambu, tubik (keluar) asap menjadi abu, Pas umpama jolok kayu, tetak tidak lut, gadai pun tidak laku, ayam tidak patuk dan itik pun tidak sudu," katanya semasa mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.