Ahad, Disember 02, 2012


Mak ai!!! Kesian betul kalau kita tengok Si Nurul Izzah ni kan. Hampir setiap hari dia kena balun oleh pelbagai pihak. Sampai tak nyenyak tidur dah gamaknya.

Kalau tak cukup tidur asyik melayan kerenah rakyat yang datang berjumpa mintak bantuan tak pe la jugak. Ini tidak. Tak dapat tidur sebab mengenangkan kesilapan yang dia dah buat.

Tapi, dia tak boleh nak salahkan orang lain. Semuanya salah dia jugak. Yang dia nak ikut sangat perangai Haramjadah Papa dia tu siapa yang suruh? Sekarang sendiri bikin, sendiri tanggung la!!! Lain kali jangan buat kerja yang bukan - bukan!!!
Tidak harus ada paksaan di dalam agama(there is no compulsion in religion)..Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November.
Jawapan Nurul Izzah di atas sebagai menjawab soalan seorang peguam dari Majlis Peguam, Siti Kassim yang bertanya soalan berbunyi, “Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu?
Nigel Aw, wartawan Malaysiakini di antara individu pertama yang menyiarkan ucapan Nurul Izzah itu, iaitu pada jam 2:46 petang, 3 Nov 2012, sekitar satu hingga dua jam forum itu tamat.

Berita Malaysiakini dipetik oleh 1christians.blogspot.compada jam 21:06, 3 Nov 2012 dan seterusnya dipetik oleh Utusan Malaysia pada 5 Nov 2012.
Dalam laporan Malaysiakini, forum yang disertai lapan orang ahli panel yang dipengerusikan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Dr Cyrus Das, namun pemberitaan portal itu hanya memfokuskan kepada dua tokoh sahaja, iaitu Nurul Izzah, Naib Presiden PKR dan peguam hak asasi manusia, Malik Imtiaz Sarwar.
“Kita bercakap tentang bagaimana bukan Muslim telah dipengaruhi oleh apa yang dikatakan sebagai dominasi, tetapi kita sering terlupa bahawa mangsa terbesar dalam perbincangan ini adalah Muslim kerana kebanyakan orang mengiktiraf kebebasan bukan Muslim, tetapi tidak bercakap tentang kebebasan terhadap Muslim.
“Persoalan pokoknya adalah kepelbagaian, ia sangat penting kepada Muslim sebagaimana pentingnya untuk semua orang lain.
“Tiada siapa menghalang (seorang Katolik) untuk pergi ke gereja Katolik atau Protestan, tetapi untuk negara, ia hanya satu versi Islam sahaja..jika anda tidak mempercayai Islam jenis ini, anda akan dituduh sesat,” kata Malik Sarwar yang dilaporkan wartawan Malaysiakini. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. harap sangat dalamannay sebaik dan secantik luarannya,, amiin,, http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/biarkan-aku-jatuh-cinta-pada-sesiapa.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping