Khamis, Disember 06, 2012

Kalau Bulu Macam Ni, Dia Suka La!!!
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bukan semua rakyat di Selangor berkelayakan untuk menerima manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan kerajaan pembangkang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri hanya bertanggunjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.
 
Contohnya ibu tunggal yang mempunyai pendapatan bulanan tinggi tidak layak untuk memohon bagi mendapatkan Skim Bantuan Ibu Tunggal di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), walaupun berada dalam dikategorikan yang sama, kata Khalid.
 
"Kita bagi duit untuk menolong rakyat yang miskin, mesti ada proses. Contoh berapa pendapatan rakyat miskin yang kita mahu tolong. Boleh jadi yang jutawan pun cakap dia miskin. 
 
"Umpamanya kita menolong ibu tunggal, tidak semestinya kita menolong semua ibu tunggal. Ada ibu tunggal berpendapatan tinggi. Ada yang jadi doktor. 

Anda perlu faham itu bezanya Umno dengan Pakatan Rakyat. Pakatan ada basis, jadi perlu ikut trend itu," katanya kepada pemberita.
 
Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Satim Diman yang dihubungi Antarapos sebelum ini mendakwa sumber kewangan yang tidak kukuh adalah faktor kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan dalam manifestonya.
 
Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion keseluruhan sehingga terpaksa menukar polisi 'memberi' kepada 'menawarkan'.
 
"Saya ingat dia (Khalid) tidak mampu untuk beri semua sebab itu dia tukar dari pemberian kepada penawaran. 
 
"Bila penawaran, maksudnya siapa yang memohon, lulus, dia bagilah. Tapi bercanggah dengan manifesto. Manifesto kata pemberian, bukan penawaran," katanya.


Ps: Maknanya, apa yang dijanjikan sebelum ni bukan la secara menyeluruh. Hanya yang 'tertentu' je dapat.

Inilah bezanya diantara Kerajaan BN dengan Rejim Pakatan. Kerajaan BN tak pilih bulu. Tapi Rejim Pakatan ikut bulu.

Jadi, jangan heran la kalau nanti, bila diorang dapat tawan Putrajaya diorang bagi alasan yang sama jugak.

Nak turunkan harga minya, nak hapuskan PTPTN, nak turunkan harga kereta, semua kena ikut bulu jugak!!! Bukan semua orang boleh dapat!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Jadi yg tak berbulu mcm dlm video tu tak dapatlah ye?

    Kalau ditawarkan pun mungkin dapat RM1 sebulan saja le agaknya.

    Patut le ada yg bergaji RM1 sebulan, pasal langsung tak ada bulu ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping