Isnin, Disember 10, 2012


Wah!!! Bukan main hebat lagi Si Khalid Gagap ni ye. Orang yang menjaga kepentingan dia nampak gayanya sudah ada pengganti. Semuanya pompuan belaka.

Kalau sebelum ini, Si Minah Muka Berminyak tu yang dok asyik 'jaga bontot' Si Khalid Gagap tu. Tapi sejak kena tenyeh dengan pelbagai pihak, Si Minah tu disejuk-bekukan.

Bukan apa. Takut nanti yang malu Si Khalid Gagap tu jugak. Dah la Si Minah tu pun merepek benda yang bukan - bukan. Rupanya yang baru ni pun lagi teruk.

Kali ini tiba giliran Si Rodziah ni pulak tampil untuk mempertahankan Si Khalid Gagap tu dari terus diserang oleh rakyat Selangor sendiri.

Isu yang terpaksa dijawab dan ditangkis oleh Si Rodziah ni bukan satu dua isu je. Tapi bertimbun - timbun. Macam - macam benda pulak dia kena buat.

Nak pulak isu pasal Ibu Tunggal yang menuntut bayaran elaun sepertimana yang dijanjikan oleh pihak Rejim Pakatan Selangor sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.

Si Rodziah ni pernah kata bahawa apa yang termaktub dalam manifesto tu bukan berupa imbuhan dari segi wang ringgit. Sebaliknya dari segi kemahiran.

Pulak dah!!! Hebat jugak Si Rodziah ni memutar belitkan cerita ye. Dulu kata nak bagi elaun. Dalam manifesto tu pun tulis nak bagi elaun bulanan kepada ibu tunggal.

Sekarang dia ubah pulak imbuhan tu. Lepas tu siap buat pulak dakwaan kata ibu - ibu tunggal tu semuanya berlakon je untuk meraih simpati.

Kononnya, kata Si Rodziah ni, sewaktu perjumpaan diadakan dengan ibu - ibu tunggal tu semuanya setuju dengan penjelasan yang diberikan.

Tapi, bila keluar je dari bilik perjumpaan, dah lain pulak ceritanya. Itu sebab la dia tuduh ibu - ibu tunggal tu semuanya menipu dan berlakon je.

Wah!!! Memang hebat betul Si Rodziah ni. Dah dituduhnya ibu - ibu tunggal tu tak ikhlas nak mintak hak mereka seperti mana yang dijanjikan oleh pihak Rejim sendiri.

Walhal, yang tak ikhlasnya ialah puak - puak Rejim tu. Diorang yang tak nak hulurkan bantuan secara menyeluruh. Main pilih - pilih bulu pulak.

Kalau Si Rodziah ni nak tau, macam tu la caranya Si Foolziah tu buat sewaktu mula - mula membangkitkan isu pasal pembinaan kilang Lynas dulu.

Masa taklimat dan penerangan diberikan seawal tahun 2009 dulu, semuanya pakat setuju belaka kilang tu dibina di Kuantan. Termasuk la pihak dia sekali.

Tapi akhirnya, dia jugak yang dok beria - ia bantah dengan memutar belitkan fakta menjadi auta. Sekarang ni, giliran Rejim Pakatan Selangor la pulak yang kena. Amacam, best tak?

Sepatutnya, Si Rodziah ni tak boleh la nak salahkan orang lain dalam isu ni. Sepatutnya, dia kena salahkan diri dia sendiri. Siapa suruh buat janji yang bukan - bukan? Kalau tak mampu nak tunaikan, jangan berjanji lansung. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping