Ah pelik. Apa tujuannya diorang buat program ni? Adakah ianya bertujuan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada Rejim Pakatan Selangor atau nak perli diorang?
Malam semalam katanya ada satu program yang diberi nama "Terima Kasih MB Selangor Kerana Beri Air Percuma" telah pun dianjurkan.
Tapi, yang datang ke program tu bukannya Menteri Besar sendiri. Sebaliknya, wakil dia je datang untuk memenuhi jemputan. Kenapa MB Selangor tu tak turun?
Mungkin sebab kehadiran tu kurang daripada 100 orang, jadi Si Khalid Gagap tu tak layan la. Cukup la setakat dia hantar 'Balaci' dia je yang pergi.
Pun begitu, dari apa yang disampaikan oleh Pengerusi program amat - amat mengejutkan. Program tu kononnya nak ucap terima kasih kepada MB Seangor.
Tapi respon yang diberikan kepada media nampak macam mengecewakan. Kata diorang, nak dapat air percuma ni penduduk kena bayar sampai RM150ribu.
Aik, macam mana pulak boleh jadi macam tu? Kata percuma. Yang penduduk nak kena bayar ni pasal apa pulak? Meh baca apa ceritanya.
“(Penduduk) Kena menyediakan RM130 setiap rumah untuk membayar deposit meter air. Jadi bagi JMB, ini masalahnya kerana kita hanya dapat cari separuh sahaja pemilik rumah di sini kerana kebanyakan pemilik tidak tinggal di sini. Jadi itulah cabaran yang kita hadapi yang memakan masa hampir setahun.“Meter pukal kalau nak tukar kepada meter individu, JMB terpaksa selesaikan semua tunggakan bil penduduk dahulu. JMB telah mengeluarkan duit sendiri dahulu sebanyak RM15,000 kerana susah nak dapat daripada penduduk. Kita keluarkan duit kita dulu.“Kemudian JMB perlu pula berjumpa setiap penduduk minta bayar hutang (RM15,000 yang didahulukan JMB),” katanya. - SUMBER
Nah!!! Itu la diantara penjelasan yang diberikan. Nampak sangat la yang Rejim Pakatan Selangor ni memang pandai menipu rakyat.
Diorang cakap je nak bagi air percuma. Tapi kalau nak dapat air percuma tu, banyak syarat yang diorang kena penuhi. Sampaikan meter individu pun kena pasang sendiri.
Lain kali, kalau nak bagi benda percuma, bagi semua sekali la. Siap pasang meter dan sebagainya. Jangan la buat janji separuh - separuh. Kalau tak mampu nak penuhi, jangan berjanji lansung!!! Buat mengabihkan masa je!!!
parti pkr aka parti yahudi - janji dicapati
BalasPadamregim bn lg teruk ma.
BalasPadam