Sabtu, Disember 01, 2012


TEMERLOH - Pas menyifatkan kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti merupakan ketakutan Umno untuk berdepan pilihan raya.


Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan itu sangat tidak wajar kerana berbaur hasutan melampau.

Sehubungan itu katanya, polis diminta bertindak segera kerana mendakwa kenyataan emosional Shahrizat itu jelas berupa ugutan kepada rakyat.

Beliau turut menyangkal dakwaan perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno pada PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu kerana parti akan menggantikan Umno ialah Pas yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Melayu.


"Kenyataan beliau jelas menggambarkan kegerunan Umno berhadapan dengan PRU13,” katanya dalam satu majlis, di sini.

“Kenyataan itu jelas berbentuk ancaman, seolah-olah mereka akan berusaha mencetuskan huru-hara jika Umno kalah. Mereka cuba takutkan rakyat dengan mendakwa tragedi akan berulang jika Pakatan Rakyat (PR) ambil alih kuasa,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat turut mengesyorkan Pas di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan Shahrizat disifatkan ‘bahaya’ itu.

“Kita minta polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah sebelum sesuatu tidak diingini berlaku,” katanya.


Ps: Memang berkesan sungguh la ucapan Kak Ijat tu rupanya ye sampaikan mampu menaikkan nafsu Lebai - Lebai dalam PAS ni ye tak.

Itu baru Kak Ijat berucap dalam Ucapan Dasar. Tak heran la kenapa diorang terpaksa tabur fitnah untuk memburuk - burukkan Kak Ijat.

Baru dengar dia berucap pun dah boleh buat diorang ketar lutut. Kalau Kak Ijat turun ke padang dan bersua muka dengan diorang, rasanya mau terkencing dalam seluar pulak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping