Meleret - leret senyum kambing Si Mahfuz ni bila dia dengar ada orang dari kawasan Pokok Sena berjaya membuatkan PM terharu.
Tapi, kemudiannya dia pulak yang meraung - raung bila dengar yang dia rupanya tak layak jadi Perdana Menteri Malaysia kerana GAGAL untuk mneyatukan ummah.
Itu pasal la wakil dari Kelab UMNO Luar Negara ni menyeru agar Melayu di Malaysia ni kekal bersatu dan tidak berpecah belah sehingga sanggup berdoa demi kepentingan Politik. Benda tu la yang membuatkan Si Mahfuz ni meraung - raung!!!
KUALA LUMPUR - Biarpun masih muda, seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berjaya menyentuh emosi perwakilan untuk bersama menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pelajar kejuruteraan kimia dan biologi di Universiti Gunma, Jepun itu, Ariff Yasir Zulkafli, 23, menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut selepas 17 minit membahaskan usul ucapan dasar Presiden dan kemudian disambut oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta seluruh perwakilan untuk bangun bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti itu yang turut tersentuh, bangun menyanyikan lagu tersebut.
Lagu berkenaan berkaitan nasib orang Melayu yang hidup menumpang di bumi sendiri akibat sengketa sesama mereka.
Semasa menyanyikan lagu tersebut, Ariff Yasir yang merupakan Presiden Kelab UMNO Tokyo kelihatan beberapa kali sebak dan berhenti seketika.
Anak muda berasal dari Pokok Sena, Kedah itu terus menarik perhatian perwakilan apabila memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya.
Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?" katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.
Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu.
Salam 1 Malaysia.Saya ingin berkongsi cerita di sini.Ketika BN memerintah Kedah,pelajar-pelajar MA di Mesir boleh membuat permohonan Zakat Negeri setahun sekali buat menampung kos pengajian.Bila PAS ambil alih pentadbiran,seronoklah pelajar yang beraliran PAS.Kami pelajar-pelajar MA menjangkakan yang mungkin rezeki kami bertambah.Malangnya,sudah tak diberi peluang untuk pelajar MA membuat permohonan Zakat Negeri.Kesannya seorang kawan saya balik Kedah tanpa menghabiskan pengajiannya.Saya bersyukur kerana ada rezeki keluarga untuk terus menyambung pengajian.Apa yang dirisaukan oleh perwakilan dari Jepun itu sudah pun terasa.Hati-hatilah.
BalasPadam