Khamis, Disember 27, 2012


Haduh!!! Kenapa la ada pihak yang sengaja nak membangkitkan kemarahan Si Nurul Izzah ni? Tak boleh ke diorang tengok dia senang sikit.

Nak jugak diorang sakitkan hati Si Anak Kesayangan Ketua Penipu tu ye. Tau la Si Nurul Izzah ni suka buat kerja yang bukan - bukan.

Tapi, takkan la saja - saja je orang nak sakitkan hati dia, ye tak. Dah tentu - tentu Si Nurul Izzah tu ada buat salah. Maka sebab itu la hati dia ada rasa sakit.

Hari tu, dia kata, KALAU Pakatan dapat merampas Putrajaya, diorang akan bekukan pengambilan anggota baru dalam PDRM sebab dia kata PDRM ni dah ramai anggota.

Lebih dari mencukupi kata dia. Kenyataan dia tu senada dengan apa yang dikatakan oleh puak - puak DAPigs yang mahu PDRM ni dibubarkan sepenuhnya.

Dakwaan mereka, PDRM ni tak mampu nak melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada mereka dalam menjaga Keselamatan Awam.

Itu kata diorang. Itu pun KALAU, diulangi, KALAU diorang dapat rampas Putrajaya. Jadi, bila bercerita dengan Mat KALAU ni, apa pun tak jadi beb.

Sebab itulah PDRM mengumumkan bahawa mereka akan menambah anggota Penyiasat seramai 400 orang tahun depan. Hah!!! Tak ke meroyan Si Nurul Izzah tu dibuatnya? 

Entah - entah, dok tengah meraung kat dalam bilik. Mana la tau ye tak. Dia kan memang suka buat kerja yang bukan - bukan. Kalau nak suruh dia jaga Kebajikan Rakyat, jangan harap la!!! Satu Hapah pun dia tak ret buat!!!
KOTA KINABALU - Polis akan menambah 400 pegawai penyiasat dalam usaha untuk meningkatkan standard penyiasatan dan proses pendakwaan bagi meningkatkan imej pasukan itu mulai Januari depan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pegawai penyiasat yang terdiri daripada masing-masing 200 pegawai penyiasat berpangkat Inspektor dan penolong pegawai penyiasat berpangkat Sarjan itu telah dilatih dalam bidang penyiasatan.
"Beban kerja yang banyak membuatkan mereka tidak memfokuskan kerja mereka dalam menangani kes jenayah dan apa yang kita hendak mereka membina kapasiti kerja untuk meningkatkan profil penyiasatan dan pendakwaan kes," katanya pada sidang akhbar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah di sini hari ini.
Mohd Bakri berharap pasukan pelapis muda yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu mempunyai diploma dan ijazah penyiasatan daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol) akan membantu menyelesaikan kes secara lebih pantas dan profesional.

Beliau berkata usaha itu bagi mengecilkan peranan pegawai penyiasatan yang terpaksa menanggung beban kerja dengan nisbah satu pegawai melaksanakan lima kertas siasatan dalam satu masa berbanding kini mencakupi sehingga 20 kertas.

"Pada tahun depan, kita mahu mengurangkan beban kerja dan meningkatkan sudut prestasi kerja kepolisan berdasarkan pelbagai kejayaan yang dicapai pasukan polis masa kini," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping