Kepada siapa yang ditujukan amaran oleh Pak Berahim ni? Adakah dia nak tujukan kepada Pakatan Pembangkang atau kepada parti dia sendiri?
Bagi orang yang tak tau, sebenarnya kedudukan Pak Berahim ni di Pahang pun dah menjadi satu isu pertikaian dikalangan Pakatan. Nak pulak dikalangan ahli - ahli PAS sendiri.
Kepimpinan PAS Pahang dikatakan 'Terpaksa' terima Pak Berahim menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri kerana ianya lantikan oleh PAS Pusat.
Bayangkan. Bagaimana orang luar pulak boleh dilantik menjadi Pesuruhjaya Negeri sedangkan di negeri ni masih ramai pemimpin yang mempunyai kelayakan?
Apa? Tak layak ke orang Pahang ni nak jadi Pesuruhjaya PAS sehingga terpaksa ambik orang dari Terengganu untuk mengetuai mereka?
Korang fikir sendiri la. Sedangkan orang Terengganu pun tak nak dia jadi pemimpin mereka, takkan la orang Pahang pulak yang nak kena dengar cakap dia.
Sekarang, suara - suara yang mempertikaikan perkara tersebut timbul dari kalangan ahli - ahli dan juga pemimpin - pemimpin PAS sendiri.
Mungkin disebabkan itulah yang membuatkan Pak Berahim ni muncul dengan amaran ni. Mungkin dia pun takut kena sailang dek pemimpin - pemimpin PAS Pahang. Itu pasal la dia bagi 'warning' awal - awal. Takut nanti, dia pulak kena tikam dari belakang!!!
SHAH ALAM – Pas memberi amaran kepada seluruh anggotanya agar tidak menimbulkan sebarang polemik dalaman yang boleh menjejaskan misi Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masa yang suntuk sekarang harus digunakan dengan sebaik-baiknya untuk bertemu dengan seluruh lapisan masyarakat bagi menjelaskan segala kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh media.Oleh itu katanya, seluruh jentera pilihan raya perlu memfokus golongan sasaran dan mengemas kini seluruh jentera di semua peringkat.“Paluan gendang perang telah berbunyi, jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman.“Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap kepada pihak musuh,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.