Tekong Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa pakatan itu cuba mensabotaj Perhimpunan Agung Umno ke-66 minggu lalu dengan mengatur kenyataan daripada dua tokoh iaitu Tan Sri Musa Hassan dan Deepak Jaikishin.
Cara beliau membuat penafian bukan sekadar mengeluarkan kenyataan tetapi memilih memanggil sidang media di pejabatnya.
Dengan memutuskan untuk berhadapan dengan sidang media, Anwar mengisyaratkan penafian itu penting bagi memelihara nama baik Pakatan Rakyat (dan mungkin dirinya).
Soalnya mengapa Anwar dan Pakatan Rakyat perlu tergesa-gesa menjarakkan diri daripada dua tokoh berkenaan? Tidakkah kenyataan mereka banyak menguntungkan kepentingan Pakatan Rakyat?
Ketika Umno sibuk bersidang di PWTC, Tan Sri Musa membuat kenyataan betapa dalam menjalankan tugasnya, beliau menghadapi banyak masalah “gangguan” dan campurtangan kerajaan, khususnya daripada Menteri Dalam Negeri.
Tidakkah pengakuan Musa itu menguntungkan Pakatan Rakyat? Natijahnya kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu membuktikan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memang menggunakan polis untuk melaksanakan kepentingan politiknya!
Namun mengapa Anwar harus menafikan pengakuan Musa itu ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat?
Adakah Anwar bimbang ini sebenarnya cara Musa hendak memburukkan nama Anwar sebagai sesumpah politik yang boleh bertukar warna apabila keadaan politik memerlukannya?
Sebab itu, Anwar hendak memberitahu umum bahawa “pendedahan” Musa tiada nilai politik baginya?
Jika demikian, memang wajar Anwar membuat penafian itu. Bagaimanapun apabila dinilai kes Musa dengan kenyataan yang agak sama sasarannya dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishin, ia mengundang tanda tanya.
Mengapa kedua-dua tokoh, seorang ahli perniagaan dan seorang tokoh polis membuat kenyataan ketika Umno sedang mengadakan perhimpunan agung terakhir sebelum pilihanraya ke-13?
Ps: Kesimpulannya, Si Ketua Penipu tu sebenarnya terkejut sebab usaha dia nak mempergunakan kenyataan tu tidak membawa kesan.
Ianya tidak dijadikan isu besar dan GAGAL memberi impak kepada UMNO atau pun Barisan Nasional.
Semua orang tak peduli. Maka, terpaksa la dia nafikannya. Walhal, memang dia merupakan 'Tangan Ghaib' disebalik pendedahan yang dibuat. Cakap la apa pun, orang takkan percaya!!! Dasar Penipu tu, Penipu la jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.