Ahad, Disember 09, 2012


SHAH ALAM: Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan akhbar The Star bahawa empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan. 


Malah, Mustafa turut mengecam keras akhbar tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas”.

Justeru, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut kerana sengaja mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam di negeri itu.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mustafa juga turut menjelaskan bahawa khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”.

Menurutnya lagi, tindakan melaporkan bahawa kerajaan negeri akan menyaman orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Semalam, The Star melaporkan empat orang bukan Islam didakwa berkhalwat serta mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh ketika ditangkap di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Kota Bharu.

Kes lain melibatkan seorang remaja lelaki bukan Islam dan teman wanita bukan Islam yang didapati bersama-sama di dalam kereta yang diletakkan di Taman Tengku Anis baru-baru ini. Keempat-empatnya menafikan sebarang salah laku. 

Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.

Justeru, Mustafa menegaskan pihaknya tidak menyokong amalan rasuah malah meminta pesalah wajar dihukum.

Ps: Akibat didesak oleh Si Guan Eng tu, baru Pak Mus nak ambik tindakan? Nampak sangat la yang PAS ni memang benar - benar Parti Angguk Saja.

Pantang puak - puak DAPigs tu 'batuk', terus dia menggelupor nak ambik tindakan. Kalau tidak, kenapa dia diamkan saja perkara ni sebelum ini?

Kenapa bila DAPigs bersuara, baru dia nak ambik tindakan terhadap akhbar The Star tu? Kan nampak sangat yang diorang ni tunduk dan akur dengan DAPigs? Itu pun diorang tak sedar jugak ke!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. oii bahalol , anak kawan aku dah kena la bodo...bayar RM150 di MPKB kalu tidak masuk jel..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping