Ahad, Disember 09, 2012


DAPigs khuatir tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) mengeluarkan saman berhubung kesalahan 'khalwat' ke atas dua pasangan. 

Masing-masing di lokasi awam berhampiran lapangan terbang dan taman baru-baru ini, boleh menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Si Guan Eng tu kata, meskipun notis saman yang dikeluarkan berkaitan dengan kelakuan 'tidak senonoh', parti-parti musuh sudah mula memutarbelitkan tindakan majlis itu sebagai kes khalwat dan kononnya cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Muslim.

"Jika Kerajaan Pas Kelantan gagal bertindak ke atas pihak-pihak mensabotaj dalam MPKB-BRI, yang mengeluarkan saman ke atas pasangan bukan Islam berhubung kelakuan tidak senonoh, ini secara tidak langsung akan memperlekehkan mesej PR yang menghormati kebebasan beragama dan akan menjejaskan kerjasama yang sedia wujud dalam PR," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Salah satu pasangan, berusia 30-an, dikenakan saman semasa berada dalam kereta di tepi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada waktu malam manakala pasangan yang lain, berusia 17 dan 15 tahun,  berada di Taman Tengku Anis pada siang hari.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw pula berkata, kedua-dua mangsa lelaki mendakwa pegawai-pegawai yang menahan mereka meminta wang RM500 untuk menyelesaikan kes mereka.

"Dengan jelas, pegawai-pegawai majlis menyalahgunakan kuasa mereka dan tindakan segera diperlukan untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan, yang bebas dan bersih daripada amalan rasuah, dan daripada kebimbangan bahawa hak bukan Islam tidak dihormati dengan penguatkuasaan undang-undang Islam," katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dia sudah menghubungi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menjanjikan bahawa akan berhubung dengan Kelantan dan menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya ada memberitahu Datuk Mustafa tentang keperluan melihat isu ini dengan serius bagi mengelakkan kepercayaan bersama dan kerjasama kuat dalam PR yang sedia terjalin terjejas.

"Saya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong agar berkomunikasi dengan kepimpinan Pas bagi mencapai penyelesaian segera dalam isu-isu berkaitan dengan dakwaan bahawa bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam," katanya lagi.


Ps: Untuk makluman, mesej ini bukan untuk DAPigs ataupun Dewan Himpunan Penyokong PAS sahaja. Tapi kepada semua yang mencabar Keadilan Islam.

Undang - undang Islam ni Adil. Ianya melibatkan semua pihak. Tidak ada yang terkecuali. Tak kira la diorang tu Islam atau pun tidak!!!

Kalau yang Islam tu benar - benar nak laksanakan Hukum Islam, memang inilah caranya. Tapi, kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sepatutnya perkara kecil semacam ini CM @ org politik tak perlu campurtangan...biar saja kakitangan penguatkuasa buat kerja dia orang...Koi ingat CM P.Pinang ni tiada kerja lain kut

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping