Isnin, Disember 03, 2012


Hah!!! Ni karang jangan pulak ada orang yang pegi ambik termometer dan ukur tahap kepanasan punggung Si Guan Eng ni ye. Panas punggung tu bahasa kiasan.

Ianya menunjukkan bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni mula tak senang duduk dengan kekuatan luar biasa yang dimiliki oleh orang - orang Barisan Nasional.

Jika tidak, takkan mungkin dia akan buat tuduhan - tuduhan serta dakwaan yang tak berasas macam ni. Takkan mungkin dia nak meroyan tak tentu arah.

Tapi, ini semua bukan salah orang lain. Semuanya salah diorang sendiri jugak. Siapa suruh diorang kuat sangat menipu rakyat. Maka ini lah padahnya.

Sekarang mula la diorang tak senang duduk bila setiap penipuan tu didedahkan dan dibongkar untuk tatapan kepada rakyat. Lain kali, cari kerja yang berfaedah sikit untuk dilakukan. Jangan asyik nak menipu je kerjanya!!!
Walaupun keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam konvensyen negeri hari ini, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya.

Lim mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau. 

Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut.

Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN.

"Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi.

Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.

Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Cina seekor dan kuncu-kuncu sealiran dengannya memang tak suka pada melayu, mulut manis tapi hati busuk lu tau macam bangkai babi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping