Isnin, Disember 03, 2012

Kesian beb. Kita memang cukup kesian tengok Cikgu Mala ni. Dah la suami dia mengalami gangguan emosi. Yang dia pulak dah tak de kerja.

Jadi penyudahnya, meroyan je la dia tak tentu arah. Habis semua orang dituduhnya jadi perkakas. Apa, dia ingat orang lain tu tak de maruah ke nak dituduh macam tu?

Agak - agak la wei!!! Orang lain pun ada jugak maruah dan jati diri masing - masing. Bukan la macam dia. Demi kepentingan Politik, sanggup letak jawatan.

Kalau dia sayang sangat pada kerja sebagai seorang pendidik, kenapa pulak dia sanggup letak jawatan dan jadi calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil tempoh hari?

Jangan cakap la yang dia dah tak de pilihan lain sebab itu ketetapan parti kononnya. Kalau dah tak boleh pilih, nampak sangat la parti dia tak mengamalkan sikap terbuka.

Tapi asyik mengamalkan sikap paksa - paksa. Orang tak nak pun kena ikut jugak. Itu bukan demokrasi namanya. Itu dah jadi Diktator. Semua kena ikut, tak boleh bantah.

Yang paling sedih untuk parti Si Cikgu Mala ni ialah apabila diorang ni dipinggirkan oleh puak - puak PKR dan DAPigs tu. Orang lain semua ada bas, ada jet mewah dan ada lori.

Yang diorang setakat ada lori 'pick up' buruk yang disewa je? Mana pergi bas dua tingkat diorang? Mana pergi lori besar diorang? Mana pergi jet mewah? Takkan diorang tak dapat kot? Kalau setakat cakap je baik tak payah!!!
Aku tertarik dengan kata-kata Cikgu Mala ni; "Dunia semakin berubah dan jangan fikir minda dan jiwa guru boleh diperbodohkan sedemikian rupa menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Jangan menjadikan Pengetua, Guru Besar, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sebagai ‘perkakas’ untuk mengekalkan survival politik UMNO Barisan Nasional."

Mudah bebeno dia melabelkan orang lain sebagai perkakas. Sedarlah diri tu, sebelum berhenti untuk bertanding jadi calun PAS dulu, kamu juga adalah perkakas PAS dalam profesion perguruan. Apakah kamu berhenti dari guru, baru jadi ahli PAS? Apakah suami kamu yang sanggup ambil MC hanya untuk mengharung banjir semasa berkempen untuk kamu bukan perkakas PAS?

Selaku parti yang mengetuai kerajaan, maka sudah tentulah UMNO yang perlu menerangkan dasar-dasar dan halatuju pendidikan negara kepada para pendidik. Takkan nak panggil orang PAS pulak yang terangkan. Tunggulah nanti kalau PAS dapat Putrajaya dan mereka yang buat dasar, tentulah PAS pulak yang akan berprogram dengan para pendidik ini. 

Apakah pada ketika itu nanti UMNO akan kata guru jadi perkakas PAS? Tentu tidak, sebab sekarang inipun UMNO dah tahu, ramai guru yang bukan sahaja jadi perkakas, malah sanggup jadi balaci PAS. Contoh...tak payah sebut la, sendiri mau ingat! - SUMBER
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping