Sabtu, Disember 01, 2012


Adus!!! Apa ni? Kenapa pulak perwakilan - perwakilan UMNO tu semuanya tergamam bila diorang ditayangkan dengan video ni? Video apa yang diorang tengok?

Takkan la diorang tengok video 'aksi' Si Ketua Penipu tu dengan Chinadoll kot. Tak logik sangat kalau diorang pasang video tu sewaktu Perhimpunan ni.

Mana la tau ye tak. Kan puak - puak Pakatan tu kata perhimpunan ni sekadar nak memalukan mereka je. Diorang ingat UMNO ni tak de kerja lain gamaknya.

Kalau dulu, pernah jugak ada pihak yang mendesak agar video tersebut ditayangkan sewaktu sidang Parlimen diadakan. Dan yang mintak tu pulak bukan orang lain.

Pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu jugak yang mendesak supaya video tu ditayangkan. Kenapa pulak diorang beria - ia sangat nak tengok video tu?

Adakah sebab diorang dah tak percaya dengan Si Ketua Penipu tu? Atau adakah diorang sengaja nak memalukan Si Ketua Penipu tu sewaktu sidang Parlimen?

Tapi, dalam perhimpunan kali ni, bukan la video 'aksi' Si Ketua Penipu tu yang dipertontonkan. Orang UMNO pun meluat tengok Si Ketua Penipu tu. Inikan pulak kalau nak tengok dia sedang 'beraksi' dengan Chinadoll. Mau ada yang muntah pulak nanti!!!
KUALA LUMPUR - Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berjaya menarik perhatian perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka dengan tayangan klip video pada sesi pergulungan di Perhimpunan Agung Umno ke-66.

Husni berkata, beliau cukup berbesar hati kerana diberi peluang berucap setelah 15 tahun tidak mempunyai kesempatan seperti itu.

Husni, yang juga Menteri Kewangan Kedua memulakan ucapannya dengan tayangan klip video Presiden Umno, Datuk Seri Najib yang tekun bekerja dengan diiringi lagu Stand By Me.

"Kita sentiasa berdiri teguh dengan Datuk Seri Najib untuk memperkasakan negara. Berkat kesetian kita akan menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)," katanya penuh yakin.

Tayangan klip video kedua berkisar kasih sayang seorang bapa memperjuangkan nasib anaknya yang cacat.

Menurutnya, klip video itu bertujuan mengingatkan ahli Umno untuk memperkukuhkan kepimpinan di semua peringkat kerana rakyat menganggap Umno sebagai ibu dan bapa yang akan melindungi mereka.

Perkara kedua yang ditekankan oleh Husni adalah memperkukuhkan jati diri ahli. Beliau menayangkan klip video motivator kurang upaya Nicholas sebagai selingan ucapannya.

Mengakhiri ucapannya, Husni mengingatkan ahli dan kepimpinan Umno untuk dengan klip video berkisar usaha parti memperkukuhkan barisan agar menjadi 1Umno, 1Barisan Nasional dan 1Matlamat.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Setakat yang Pakcu layari blog yang Pro kerajaan semuanya o.k, belaka....begitu juga para perwakilan sikit pun ta'da yang cuba cerita sikit berkenaan dengan orang Melayu yang banyak tercicir dari kaum-kaum lain....

    Agak-agak dekat dengan PRU tak sesuai kok nak bangkit ?????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping